Asas bisnes online dan offline yang paling penting. Tanpanya sukar menjual.

Semenjak memulakan biznes internet ini, saya dapati ramai yang berminat berniaga. Ramai nak buat biznes online atau offline. Semua berlumba-lumba mendapatkan panduan, tips dan rahsia untuk buat duit. Dengan harapan mendapat pulangan lumayan. Malangnya ramai yang kecewa. Dan ramai yang gagal.

Jika anda pernah gagal. Pernah buat silap. Jangan berputus asa. Semua orang bermula dengan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Begitu juga dengan ramai peniaga lain. Dari sinilah kita belajar erti sebenarsebuah perniagaan. Dan erti sebenar sebuah kejayaan. InsyaAllah.

asas bisnes

Dalam bisnes online saya dapati ramai yang mengatakan trafik atau pelawat adalah nadi utama bisnes online. Dan ramai berkerja keras mencari pelawat atau trafik samaada berbayar atau percuma. Benarkah trafik adalah segala-galanya? Bagaimana jika jutaan pelawat masuk ke laman web anda. Baca-baca dan tinggalkan laman web anda tanpa membeli produk anda. Tanpa mengisi borang opt in. Tanpa klik apa-apa link anda.

Begitu juga dengan perniagaan offline. Anda pasang signboard sebesar gajah . Hantar flyer. Buat pelbagai jenis promosi. Ratusan orang datang ke kedai anda.. Tengok-tengok dan beredar. Tanpa membuat sebarang pembelian. Tak ke tension dibuatnya.

Disini saya ingin berkongsi salah satu aspek yang paling penting dalam perniagaan iaitu kepercayaan pelangan. Bagaimana membina kepercayaan pelangan yang menghasilkan jualan. Anda tidak akan mampu menjual selagi pelangan merasakan anda seorang penipu. Sukar menjual sekiranya pelangan masih ragu-ragu tentang diri anda, produk anda dan perniagaaan anda. Samada online atau offline, konsepnya tetap sama. Inilah asas perniagaan samada bisnes online atau offline yang paling penting.

Kita cerita tentang bisnes offline terlebih dahulu.

Semasa saya berkerja dulu. Saya dan kawan saya ke sebuah kedai makan. Dari jauh dia tengok kedai makan tu “Hairul, kita makan tempat lain la”… Heran juga saya “Laaa kenapa pulak nie”.. Rupanya, sahabat saya ini pernah mengalami cirit birit disebabkan makanan tercemar. Memang menyakitkan kalau kena cirit birit ini. Ini menyebabkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan untuk makan ditempat sebarangan.

JIka anda berniaga makanan, pastikan kedai anda benar-benar bersih. Kebersihan memberi satu kepercayaan kepada pelangan yang makanan anda selamat dimakan. Ini sebagai satu contoh membina kepercayaan pelangan. Dua aspek yang paling penting di sini. Pertama, kenal pasti apakah kebimbangan pelangan terhadap perniagaan anda. Kedua bagaimana mengatasinya secara langsung dan tidak langsung dan seterusnya membina kepercayaan atau keyakinan pelangan.

Tentu anda biasa didatangi penjual ke rumah anda. .. tuk.. tuk.. tuk… Bila buka pintu je.. “Assalamualaikum bang, saya jual keropok lekor bla..bla..bla….” Kita pun terperanjat dibuatnya. “Apa.. jual apa… arrr… tak pe lah… tak berminat” Kita pun risau nak beli atau tengok.. ntah penyamun ker… ntah elok ke tidak keropok lekornya.. ntah saper… kita pun tak kenal.

Tetapi sekiranya peniaga tersebut menghantar flyer (surat promosi) terlebih dahulu yang berbunyi “Kami dari syarikat Star Creative Food Center akan membuat promosi dari rumah ke rumah jualan keropok lekor asli Terengganu dengan sos cili udang perisa durian. Wow. Dibawakan terus kerumah anda esok dengan harga promosi..bla..bla..bla..”.. Barulah bila.. Tuk.. Tuk… tuk… Pelangan buka pintu pintu je “Nie yang jual keropok lekor terengganu tu ker, apasal lambat sampai nie.. dari pagi makcik tunggu taw..  bla..bla..blaa..” Belum bukak mulut dah kena tibai..he.he.he.. Barulah pembeli berminat nak tengok produk anda dan cuba. Tapi pastikan betul-betul sedap, kalo tak naya kena betul-
betul tibai nanti.

Begitu juga dengan perniagaan lain. Jika anda penjual baju. Fikirkanlah apakah kebimbangan pelangan untuk datang ke kedai baju anda. Apakah kebimbangan pelangan untuk masuk ke kedai baju anda.

Apakah kebimbangan pelangan dalam memilih dan membuat pembelian. Tentu anda lebih arif tentang perniagaan anda. Dengan mengenal pasti kebimbangan pelangan, anda mampu mencari jalan terbaik menghilangkan kebimbangan ini dan membina kepercayaan atau keyakinan pelangan anda. Barulah boleh menghasilkan jualan.

Begitu juga dengan bisnes online. Konsepnya.……………………………………………………………..

Saya cut artikel ini, anda boleh baca artikel penuh di blog saya di www.hairul.com .Banyak lagi artikel menarik di blog saya di www.hairul.com. Dan kenali saya dengan lebih dekat melalui blog saya www.hairul.com .


Mengapa perlu belajar buat website sendiri?

Oleh : Bukhori, alfatihstudio.com

Suatu hadith Nabi SAW bermaksud, “Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka dia perlulah menuntut ilmu. Dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, maka dia perlu mununtut ilmu. Dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka dia haruslah menuntut ilmu.”

Kalau kita biasa mendengar bagaimana Patric Chan mampu menjana puluhan malah ratusan ribu ringgit dalam cuma beberapa hari sahaja. Bagaimana Pakar Internet Marketing mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit secara berterusan. Apa yang sebenarnya membezakan mereka dengan kita?

Maka jawapan mudahnya adalah “ilmu”.

Mereka adalah orang yang selalu menambah ilmu pengetahuan dan meneroka pelbagai bidang ilmu yang ada supaya mereka sentiasa berada di hadapan orang lain. Apabila orang baru mula belajar cara untuk “cloak” url, mereka sudah pun tahu bagaimana membuat software!. Patutlah para newbie sukar
untuk mengejar mereka yang bergelar otai-otai ni.

Bayangkan, untuk mencari resepi kejayaan ditengah-tengah ribuan kaedah-kaedah yang tidak berkesan, berapa banyakkah jalan yang telah mereka cuba? Berapa banyak panduan yang telah mereka tela’ah?
Dan berapa banyak masa yang dihabiskan untuk berjaya?

Satu soalan yang sering ditanyakan kepada saya berkenaan Seminar Membina Website Profesional yang saya jalankan adalah, mengapa perlu belajar buat website? Mengapa tidak upah sahaja web designer atau web developer?

Jawapan mudahnya adalah dengan ilmu anda berkuasa. Walaupun anda mungkin boleh mengupah web developer atau web designer untuk menjimatkan masa dan tenaga anda, saya juga kadang-kadang mengupah designer lain untuk menyiapkan website untuk saya, namun dengan mengetahui ilmu itu, anda selangkah lebih maju berbanding orang lain yang tidak tahu.

Anda mungkin hanya perlu upah orang untuk design header dan banner sahaja, manakala fungsi website semua anda yang uruskan. Atau anda mungkin boleh mengupah orang untuk menyiapkan website anda, tetapi anda yang maintain.

Katakanlah web developer mahu menipu anda, maka anda terselamat dari penipuan tersebut sekiranya anda ada ilmu. Berapa ramai di luar sana yang membayar ratusan ringgit cuma untuk membeli subdomain sahaja?

Sedangkan subdomain itu boleh didapati percuma. Berapa ramai yang telah
tertipu dengan hosting provider yang tidak berkualiti? Selepas beberapa bulan terus lari meninggalkan pelanggan terkontang-kanting.

Katakanlah sekiranya anda kekurangan wang, anda boleh menawarkan servis membuat website untuk mencari wang pantas.

Katakanlah anda masih lagi tercari-cari niche perniagaan untuk anda ceburi sebagai sumber pendapatan sampingan, bukankah anda telah membuka satu lagi peluang?

Katakanlah anda ingin meminta kerja dan anda mampu menunjukkan satu website bertaraf professional yang anda buat sendiri! Bagaimana agaknya pandangan penemuramah kepada anda?

Katakanlah anda ingin menjana pendapatan lumayan melalui seminar atau bengkel. Bukankah anda perlu memiliki satu ilmu yang orang lain sanggup membayar tinggi untuknya?

Dan bukankah di dalam dunia digital ini, website adalah asas tapak kepada apa-apa yang anda ingin lakukan?

Seseorang hanya akan memiliki nilai sekiranya dia mempunyai ilmu. Semakin berilmu semakin tinggilah dia. Ilmu adalah perisai yang akan memberi makan ketika lapar, memberi ketenangan apabila sesak, memberi kekuatan apabila lemah, dan memberi kekayaan apabila miskin.

Jadi mengapa tidak, kita sentiasa menambahkan ilmu selagi kita mempunyai peluang untuk melakukannya?

Muhammad Bukhori b Parman, pemilik alfatihstudio.com, menjalankan Seminar Membina Website Profesional. Boleh lihat maklumat lanjut mengenai Seminar Website tersebut di http://alfatihstudio.com/seminar


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)

Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kebanyakan individu mempunyai persepsi yang mereka perlu mencipta perisian seperti Microsoft Word, Micrososft Powerpoint ataupun Adobe Dreamweaver untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan di Internet. Sebab itulah ramai yang berasa takut untuk menjadikan software sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan di Internet.

Memang agak menakutkan jika itulah persepsi anda.

Sudah pasti anda memerlukan satu kumpulan pengaturcara yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas untuk menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft ataupun Adobe. Itu belum lagi termasuk kos penggajian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan software di Internet, anda tidak perlu menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft, Adobe, Apple dan banyak lagi syarikat besar di luar sana. Satu aplikasi mudah yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah sesetengah kumpulan pengguna sudah cukup untuk memberikan anda 5 atau 6 angka tambahan ke dalam akaun bank anda (atau mungkin juga sehingga 7 angka).

Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah hapuskan persepsi yang anda perlu cipta software kompleks seperti yang dijual oleh syarikat-syarikat besar di luar sana.

Fokus kepada aplikasi mudah yang boleh dijadikan penyelesaian kepada masalah sesetengah sasaran pasaran.

Sebagai contoh, bina aplikasi yang boleh membantu anda mengingatkan tarikh lahir pasangan anda dan ahli keluarga yang lain. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan perhubungan di antara pasangan dan keluarga tetapi saya pasti ianya tidaklah serumit mencipta sebuah software untuk membina sebuah roket.

Bagaimana pula aplikasi yang membolehkan anda menukarkan gambar yang anda ambil melalui kamera biasa anda kepada gambar yang mempunyai efek seperti bingkai gambar, warna hitam putih, latarbelakang gambar dari negara asing dan sebagainya? Saya pasti ianya juga tidak sesukar untuk mencipta software Microsoft Powerpoint.

Dua contoh di atas adalah contoh semata-mata untuk memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Sudah tentulah anda juga perlu tahu bahawa aplikasi yang anda akan cipta ini mempunyai permintaannya dan orang lain sanggup membayar aplikasi tersebut untuk menggunakannya. Jika anda sudah pastikan pasaran ini dan anda mempunyai penyelesaiannya, saya pasti anda akan dapat menjual aplikasi atau ‘software’ anda dengan mudah.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Program terbaru beliau bersama Patric Chan “Pakar Software” adalah sebuah panduan untuk anda menghasilkan dan menjual perisian di Internet menggunakan kaedah Pakar Bisnes Internet. Ianya sebuah sebuah topik dan panduan yang belum pernah didedahkan kepada pasaran tempatan sebelum ini. Dapatkan “Pakar Software” sekarang di http://www.PakarSoftware.com

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link Pakar Software kepada link affiliate Pakar Software anda untuk tujuan mempromosiakn artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================


Pelaburan VS Perniagaan Internet

Ramai masyarakat yang terkeliru terhadap istilah PELABURAN INTERNET dan juga PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet.  Di Malaysia, antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet…. diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET…. atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ….. PERNIAGAAN …

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang “KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET ” , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang “BUAT DUIT DI INTERNET”.

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

  • Perniagaan Internet
  • Program Internet
  • Pelaburan Internet

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada “perniagaan yang berasaskan” produk ataupun “perniagaan yang berasaskan perkhidmatan”.

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
  • Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

Produk Digital

  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet…. tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai “Niche Market Research”, “Product Development”, “Web Development”, “Internet Marketing”, “Search Engine Optimization(SEO)”, “Sales Letter Writing “, “Web Credibility”, “Traffic Generation” dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui….. Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah “Duduk Diam Dapat Duit” di dalam dunia perniagaan internet.

Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di www.wangcyber.com , banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu “membina perniagaan internet”.

Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-

Program Pengiklanan (Ads Network)

  • Google Adsense
  • Text-Links-Ads
  • Bidvertiser
  • Nuffnang
  • Advertlets
  • ReviewMe

Program Affiliate ( Affiliate Program)

  • Clickbank
  • Commision Junction
  • PayDotCom
  • Amazon.com

Internet MLM

  • Get Paid To Program
  • Get Paid to Read Email
  • Get Paid to Surf
  • Get Paid to Survey

Randomizer

  • Forced Matrix

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara “pihak penerbit iklan” dengan “pihak pembeli iklan”. Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak “Penerbit Iklan”, atau lebih dikenali sebagai “Publisher”.

Sebagai seorang “publisher”, anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” .

Internet MLM

Kini, Industri MLM “Multi-Level-Marketing” juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan “lesen AJL” untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan “jualan produk” kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan “bilangan agen baru” yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti “Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal” kini ditukar kepada “Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!”, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”

Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai “Lesen AJL” dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.

Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai “Skim Piramid yang bertopengkan MLM” ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2

Program “Get Paid To…” (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. “Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?”. Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.

Tujuan sebenar penganjur program-program “get paid to..” ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.

Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan “skim cepat kaya” & “program perjudian”. Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu “menderma” dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut “menderma” (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di”derma”kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga… kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib… kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi “mangsa” yang lain.

Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan “forced matrix” yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang “bodoh” di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata “Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah… segala usaha kita akan berhasil!”… Usaha apanya? Program dah tepu… nak usaha apa lagi?

Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program “forced matrix 5″

Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang “kurang pandai” yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 – 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia… . Campak duit!… Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?

Yang penting….. cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!

HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

Inilah kaedah buat duit di internet yang di”HARAM”kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 . Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet… atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.

Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.

“Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?” kata pelabur A

“Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua orang yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! ” kata pelabur B

“Haram konon…. boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!” kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-

Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan “tetap”, tetapi pulangan diberikan, berdasarkan “prestasi” pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? “Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!” alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.

Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah…ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.

Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer… apabila saya menyuruh anda membuat “selidikan” , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.

Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan “selidik” ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com adalah salah satu tempat yang terbaik.

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai “keghairahan” yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.

Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.

Jadi, kepada mereka yang “keghairahan” sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet

Bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.

Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.

Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.

Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan “PELABURAN INTERNET” yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.

Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia.

Kesimpulan

Kesimpulannya… BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan telah pun dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, sudah terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet melalui PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing

Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. Kami di WangCyber.com amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, dan kami di wangcyber.com juga, menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang wujud di internet.

Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.

Sekian, salam keusahawanan dari saya..

Wassalam.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
WangCyber.com Founder
Terbitan Pertama : 18 May 2007
Versi Dikemaskini : 3 Jan 20101


5 Sebab Kenapa Awak Tak Jana Komisen Affiliate

Kenapa tak jana income affiliate?

Ada juga yang dah bertahun-tahun praktik, tapi tiada hasil. Apabila saya kaji dengan detail, iaitu berkenaan mereka yang baru belajar affiliate terus dapat hasil, inilah jawapannya. Di sini, saya list kan sebab-sebab utama kenapa mereka gagal dalam pemasaran affiliate.

Sebenarnya, kegagalan mereka disebabkan beberapa sebab utama. Walaupun sebab kegagalan ini nampak remeh, tapi ramai yang mengabaikannya. Inilah punca mereka sering gagal menjana komisyen dalam affiliate.

Apakah sebab-sebab utama tersebut?

1. Mereka mengharapkan pulangan dengan segera.

=============================================

Ramai yang melakukan pemasaran affiliate ini mengharapkan komisyen segera hasil promosi mereka. Disebabkan tamak, mereka tidak merancang sebelum memulakan promosi affiliate. Mereka tanpa berfikir panjang, terus saja mempromosikan produk affiliate yang disertai. Hasilnya, promosi mereka kelihatan seperti SPAM tanpa mereka sedarinya. Anda boleh lihat hasil-hasil promosi mereka melalui email. Sering saja mereka mereka hantar promosi affiliate melalui “forward email” , “bundle email” dan juga di SPAM box. Mereka tak sabar nak dapat pulangan segera dengan usaha promosi mereka. Disangkakan mereka boleh jana komisen dengan mudah hasil usaha seperti itu.

2. Mereka memilih program affiliate yang salah

========================================

Ya, mereka gagal jana komisen disebabkan memilih program affiliate yang salah.

Kebanyakan mereka dilihat sering sertai program affiliate yang menjanjikan pulangan segera dengan mudah, tiada detail berkenaan penganjur program affiliate, harga produk yang tidak sesuai, penganjur affiliate yang kurang dikenali dan banyak lagi kecacatan pada program affiliate yang disertai. Anda perlu ingat, usah tertipu dengan program-program affiliate yang anda sertai yang mana ianya boleh mendatangkan risiko komisen anda tidak dibayar, lewat dibayar, produk tidak diberi kepada pembeli dan lain-lain.

Sebenarnya, anda boleh dengan mudah untuk mengenali program-program affiliate yang dipercayai. Antaranya, melalui program affiliate yang diperkenalkan oleh Usahawan Internet yang ada nama dan juga dipercayai. Sebagai contoh, jika Zamri Nanyan (IM terkenal) promosikan sesuatu produk yang miliki program affiliate, anda boleh sertainya. Sudah pasti, komisen dibayar kepada agen-agen affiliate sekiranya mereka berjaya membuat jualan.

Atau anda boleh sertai mana-mana program affiliate yang ramai disertai oleh ahli forum Wangcyber.com, carigold.com dan lain-lain. Biasanya, di forum wangcyber.com lah terdapat banyak program-program affiliate yang dianjurkan.

3. Mereka tidak kaji potensi program affiliate yang disertai

=====================================================

Inilah kegagalan utama dalam pemasaran affiliate. Mereka tidak tahu apa yang mereka promosikan. Apabila ditanya oleh prospek, mereka tidak dapat menerangkannya dengan lebih lanjut. Terutamanya jika promosi dilakukan melalui forum atau blog. Untuk menjayakan promosi affiliate sesuatu produk, sebaiknya mereka ketahui atau mencuba produk tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda promosikan sesuatu ebook, anda perlu tahu apa isi kandungan ebook tersebut dahulu.

Anda perlu tahu bagaimanakah produk yang anda ingin promosikan dapat membantu prospek menyelesaikan masalah mereka. Ingat! Prospek akan membeli sekiranya produk yang anda promosikan benar-benar dapat selesaikan masalah mereka. Dan sudah tentu mereka akan berterima kasih kepada anda kerana memperkenalkan produk tersebut kepada mereka. Selain itu, mereka juga tidak mengkaji atau membaca surat jualan (sales letter) bagi produk affiliate yang dipromosikan.

Tahukah anda, sebagai agen affiliate, kerja anda menarik trafik kepada laman web yang anda promosikan. Sekiranya anda berjaya menarik banyak trafik sekalipun, tapi surat jualan web jualan tidak memikat, anda melakukan kerja yang sia-sia. Oleh itu, sebelum mulakan usaha promosi anda, pastikan sales letter web jualan adalah berpengaruh untuk menarik perhatian dan juga mampu membuatkan pembaca ingin membeli.

4. Mereka tidak FOKUS pada teknik promosi yang digunakan

=================================================

Mungkin mereka ada 1001 satu cara promosi. Akan tetapi bukan semuanya berkesan.

Dengan melakukan pelbagai teknik promosi, mereka tidak dapat fokus akan teknik-teknik atau strategi yang benar-benar berkesan. Bukan tak boleh lakukan banyak cara promosi, tapi sebaiknya anda fokus dengan satu-satu teknik terlebih dahulu. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu mepromosikan sesuatu produk affiliate melalui email, anda perlu tahu strategi terbaik untuk lakukannya.

Anda perlu tahu bagaimana menulis tajuk email yang mempengaruhi penerima email untuk membukanya, struktur ayatnya, tawarannya, ayat tindakannya, dan lain-lain. Dan anda perlu gunakan segala peluang yang ada pada sistem email yang and gunakan dalam promosi.

Contohnya, dalam promosi melalui email, anda boleh gunakan fungsi seperti vacation responder, signature email, chat status, buzz dan lain-lain untuk melengkapkan usaha promosi anda. Sesudah selesai melakukan promosi melaui satu-satu teknik, tidak mengapa untuk anda beralih kepada cara promosi yang lain pula.

Dan pastikan anda fokus untuk hasilkan yang terbaik bagi setiap promosi tersebut. Yang penting, ambil masa untuk merancang dalam satu-satu teknik promosi yang anda gunakan supaya hasil yang terbaik dapat dikecapi.

5. Mereka tidak melakukan usaha yang tidak berterusan

===================================================

Ramai agen affiliate tidak melakukan usaha promosi berterusan selepas melakukan satu-satu promosi. Lebih-lebih lagi jika usaha promosi yang dilakukan sebelum ini gagal menghasilkan jualan. Apabila gagal, mereka lemah semangat dan tidak meneruskan promosi. Untuk berjaya dalam menjana komisyen dengan affiliate, anda perlu lakukan promosi, promosi dan promosi. Tanpa promosi berterusan, adalah mustahil untuk anda berjaya.

Sebagai agen affiliate, promosi adalah tugasan utama yang perlu anda lakukan dan perlu  dilakukan secara berterusan. Sebab kegagalan utama orang baru adalah gagal untuk melakukan usaha promosi yang berterusan. Biasanya, mereka mudah give up apabila gagal. Tahukah anda, bagaimana affiliater-affiliater hebat mencapai kejayaan? Rahsianya, mereka melakukan usaha promosi yang berterusan. Gagal, mereka cuba lagi, cuba dan cuba lagi. Akan tetapi usah diulangi kegagalan yang serupa. Mereka akan memperbaiki segala kelemahan dalam usaha promosi yang dilakukan sebelum ini. Jika lakukan kesilapan yang serupa, memang tiada hasil la. Itulah hasilnya bagaimana mereka menjadi affiliater-affiliater yang terhebat. Jadi, cuba contohi usaha mereka. Usah mencari alasan kerana kegagalan, tapi cuba cari kesilapan kerana kegagalan.

Teknik promosi yang mana yang terbaik?

Memang terdapat banyak teknik promosi yang boleh digunakan dalam affiliate. Anda boleh menggunakan email autoresponder, forum, facebook, SEO, iklan banner, blogging dan lain-lain. Tapi saya amat tekankan sebagai orang baru dalam affiliate, sebaiknya anda terus menggunakan teknik promosi paling efektif iaitu pemasaran email. FAKTA: Lebih 70% hasil promosi adalah daripada pemasaran email. Tapi, ianya bukan semudah yang disangka.

Mempromosi melalui email, anda perlu tahu cara yang sebenarnya.

Pertama, anda perlu bina landing page untuk mengumpul senarai email. Kemudian, anda perlu tahu bagaimana mempromosikan landing page ini untuk mengumpul senarai email.

Ada cara cepat dan ada cara lambat untuk mengumpul senarai email ini. Cara cepat – dengan menganjurkan program PPL. Biar orang lain kumpulkan email untuk anda. Anda hanya perlu sediakan laman web PPL, modal untuk bayar komisen PPL dan juga pemberian percuma buat subscriber. Dan anda juga boleh mengumpulkan senarai email dengan teknik landing page yang anda sendiri promosikan. Bagi pembeli ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, saya ada sediakan panduan langkah demi langkah bagaimana membina landing page dan mengumpul senarai email beserta penggunaan autoresponder.

Secara jujurnya, saya katakan teknik pemasaran email autoresponder ini memang memerlukan modal. Anda boleh bermula serendah RM50. Iaitu dengan langganan sistem autoresponder, domain dan hosting. Template-template landing page biasanya anda boleh dapatkannya secara percuma saja.

Akan tetapi, jika anda rasakan anda memang tidak memiliki modal untuk menggunakan email autoresponder, anda boleh teruskan dengan cara promosi percuma seperti di facebook, forum, blog dan lain-lain. Sebab itulah saya katakan affiliate ini boleh dilakukan dengan tanpa modal. Orang kata mustahil, tapi itulah kebenarannya. Baru-baru ini, ramai peserta bengkel affiliate saya menggunakan teknik promosi percuma ini untuk mempromosikan ebook Peperiksaan Bertulis Gred 41 . Lebih RM120 beliau perolehi dalam masa semingga dengan teknik percuma ini saja. Saya suruh beliau menggunakan teknik promosi percuma ini kerana ianya berkesan dan di samping itu, saya suruh juga beliau mempromosikan landing page itu bagi tujuan mengumpul senarai email. Mengumpul senarai email ini memang memerlukan masa sedikit sebelum ianya membahkan hasil. Jadi, jangan abaikan teknik-teknik promosi lain yang pastinya mendatangkan income buat anda.

Sekian perkongsian dari saya..

Penulis – Jamaluddin Bahari yang juga dikenali sebagai JaMaL dalam dunia pemasaran internet tempatan telah berkecimpung dalam bidang pemasaran affiliate sejak Jan 2009. Beliau telah menjana income 5 angka dengan pemasaran affiliate ini. Dan affiliate juga menymbang pendapatan
4 – 5 angka setiap bulan kepada beliau. Beliau juga telah menghasilkan beberapa produk berkenaan pemasaran internet di Malaysia dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Terbaru, beliau berkongsikan teknik-teknik pemasaran affiliate terhebatnya yang dipanggil Teknik Gerilla
Marketing di link ini http://tinyurl.com/affiliategerilla

===============================================
=


Langkah Pertama Ke Arah Bisnes Internet Cemerlang

Langkah Pertama Ke Arah Bisnes Internet Cemerlang
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Artikel yang bakal anda baca ini adalah petikan daripada kandungan buku “The Four Weeks To Freedom“. Anda boleh buat pesanan buku fizikal terkini Zamri Nanyan ini melalui www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

“Beritahu saya langkah pertama untuk memulakan bisnes Internet yang berjaya seperti anda. Saya tengok banyak orang mengakui mereka telah banyak buat duit di Internet, tapi saya masih lagi tercari-cari bagaimana untuk melakukannya.” – calon usahawan Internet.

Ini merupakan soalan biasa yang selalu saya terima setiap masa. Memang terdapat ramai individu di luar sana yang masih lagi ragu-ragu dan sangsi terhadap bisnes di Internet. Mereka fikirkan yang menjana wang di Internet hanyalah rekaan semata-mata. Lebih teruk lagi, perniagaan Internet dikatakan sebagai bisnes tidak sah dan menipu pelanggan. Kata mereka lagi, tiada siapa pun yang sebenarnya dapat menjana ribuan ringgit dengan hanya bekerja sendiri di hadapan komputer di rumah kediaman mereka. Ianya tak logik.

Tetapi, yang lebih menarik lagi ialah ramai juga di kalangan mereka yang pada permulaannya amat skeptikal ini sudahpun mula mencari-cari bagaimana Internet dapat memberikan mereka pendapatan yang lumayan. Mereka telahpun melepasi tahap keraguan tentang bisnes Internet. Ini mungkin disebabkan mereka telahpun menjumpai usahawan Internet yang berjaya secara bersemuka di seminar perniagaan, perjumpaan rasmi dan tidak rasmi atau aktiviti-aktiviti sosial lain.

Kepercayaan mereka terhadap ketulenan bisnes Internet ini mengatakan yang mereka mungkin akan ketinggalan satu lagi peluang keemasan terbesar untuk menjana pendapatan yang amat lumayan di era informasi ini sekiranya mereka tidak bermula sekarang. Mereka tahu bahawa pasti ada beberapa cara yang betul untuk mereka menjana pendapatan di Internet.

Masalahnya cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya, atau lebih tepat lagi ialah mereka BELUM lagi tahu bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet.

Berbalik kepada isu utama di atas, jawapan ringkas kepada soalan “langkah pertama untuk memulakan bisnes Internet yang berjaya” adalah mudah.

Dapatkan ILMU yang bersangkutan untuk memulakan bisnes!

Itu sahaja.

Itulah langkah pertama anda.

Memang tak masuk akal jika anda lakukan sesuatu tanpa sebarang ilmu untuk melaksanakannya, terutama sekali jika ianya melibatkan pembangunan sebuah bisnes yang melibatkan wang ringgit. Hendak membaca pun anda perlu belajar mengeja terlebih dahulu, inikan pula berkecimpung di dalam bidang yang lebih mencabar. Pasti ianya memerlukan ilmu yang bersesuaian.

Kalau anda tak percaya dan ingin mencuba samada kenyataan saya ini betul atau salah, tiada siapa yang dapat melarang anda. Lakukan cara anda sendiri. Mulakan bisnes Internet anda tanpa anda perlu membaca, pergi ke seminar perniagaan, belajar terus daripada usahawan Internet dan sebagainya.

Suatu hari nanti anda akan sedar bahawa melakukan sesuatu tanpa ilmu adalah kerja gila. Anda akan kerugian masa, tenaga, wang ringgit dan segala-galanya.

Nasihat saya, jangan memulakan bisnes Internet anda tanpa mendalami serba sedikit ilmu perniagaan era informasi ini. Lebih baik anda dikejutkan dengan kenyataan saya sekarang ini daripada anda tersedar 5 tahun daripada sekarang,yang mungkin pada masa tersebut, anda sudahpun patah hati untuk menerima hakikat sebenar ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet. Traffic Wave juga merupakan di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan. Anda boleh menyertai kumpulan Traffic Wave Zamri Nanyan melalui pautan http://get.linktrackr.com/trafficwave-wc dan berpeluang mendapat limpahan ahli melalui promosi berterusan beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.

================================================


Rahsia 3D – Ebook 3D Untuk Semua

Bila sebut 3D, ramai yang akan membayangkan kartun 3D, filem 3D dan lain- lain yang berkaitan.

Tapi 3D yang saya ingin cerita dengan anda semua ini, lain daripada lain.

Perisian 3D yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah rekabentuk, buat grafik 3D dan membantu dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah.

3D Google Sketchup. Inilah yang saya maksudkan. Produk Google yang ramai orang tak tahu kelebihannya.

Untuk apa guna perisian ini? Apa kelebihannya?

1. Buat grafik 3D- boleh tarik perhatian, tingkatkan jualan.
Contohnya buat design tshirt. Buat design header dan footer minisite. Ecover

2. Buat renovate rumah/ kedai- boleh buat design ikut ukuran sebenar dan tepat.
Dapat memberi gambaran awal, elakkan kerugian.

3. Buat produk sendiri – contoh perabot. Boleh jual.

4. Di ajar di sekolah- dapat tarik minat pelajar untuk lebih motivasi ketika pembelajaran.

5. Buat animasi- untuk video

dan banyak lagi.

Semua orang boleh buat 3D. Tak susah pun!

.

Jika berminat nak tahu lebih lanjut, layari www.3DuntukSEMUA.com


1Mudah.com Cukup Mudah Untuk Segalanya

oleh 1mudah.com

1mudah.com, satu lagi produk website tempatan yang ingin kami kongsikan. 1Mudah yang beralamat di www.1mudah.com membolehkan rakyat Malaysia khasnya untuk mencari dan melanggan pelbagai result dari web Malaysian classifieds yang terkenal seperti Mudah.My,iProperty,Cari Bilik, dan banyak lagi melalui satu website sahaja.

.

Ianya lebih menjimatkan masa dan lebih memudahkan. Dan bagi mengelakkan anda mengulangi carian banyak kali, 1Mudah membolehkan anda subscribe apa sahaja yang anda search. Maka kalau ada update, semua result yang baru akan dihantar terus ke kotak email anda.

.

Sebagai contoh katakan anda try search update Macbook Pro dan setiap result penjualan baru yang ada, semuanya terus sampai ke email anda dan ia sememangnya akan banyak menjimatkan masa anda. Maka anda boleh track mana satu yang lebih murah dan berbaloi hanya melalui email sahaja jika langganan dibuat.

.

Sebagai contoh, kalau anda subscribe dari 1Mudah, contoh email yang akan anda terima adalah seperti di bawah:

* Rupa bentuk email yang diterima jika langganan dibuat
Dengan design yang ringkas serta perkhidmatan percuma, nyata ianya memberi banyak kemudahan kepada pengguna.

.

Laman Web 1Mudah – http://www.1mudah.com/
Follow 1Mudah di Twitter – http://twitter.com/1mudah
Follow 1Mudah di Facebook – http://www.facebook.com/pages/1mudahcom/158501964179003


UNDANG TEMAN dan dapatkan ganjaran di YouthSays

Buat rangkaian pengaruh terbesar di negeri ini. Undang teman dan dapatkan RM 1 ketika mereka menyertai dan berkongsi Kempen di YouthSays.

Selama 9 bulan terakhir, 35.000 orang muda telah memutuskan – Yang tanda dan mesej NGO berkongsi bernilai dengan seluruh pemuda di Malaysia?

Menggunakan Facebook dan Twitter, mesej mereka mencapai rakan-rakan mereka di akhbar cara, radio, atau TV tidak boleh. Itulah kekuatan media sosial.

2011 ini datang … kita mengambil media sosial kita ke peringkat seterusnya. Kami sedang mencari 100.000 seterusnya Malaysia di bawah 30 untuk menyertai YouthSays untuk mencipta rangkaian pengaruh terbesar di negeri ini.

Anda dan rakan anda akan menjadi yang pertama untuk memilih kempen untuk berkongsi pada rangkaian sosial kita, dan mendapatkan wang tunai dan hadiah untuk usaha kita juga.

Masalah Utama Affiliate Marketer

Oleh: Eruwan Gerry Norsen

Menjalankan perniagaan internet berdasarkan model Pemasar Affiliate atau Affiliate Marketer merupakan di antara model perniagaan internet paling mudah yang boleh anda ceburi.

Sebagai seorang pemasar affiliate, anda tidak perlu menghasilkan produk sendiri, memiliki laman web, memiliki perisian autoresponder dan tidak perlu terlalu memikirkan mengenai kos-kos tambahan di dalam menjalankan perniagaan internet seperti perlu memulangkan wang semula atau melakukan refund kepada pelanggan-pelanggan anda
yang tidak berpuashati dengan produk.

Anda cuma perlu bertindak mempromosikan mana-mana produk yang anda minati dan seterusnya menjana komisen daripada setiap produk yang terjual.

Namun demikian, terdapat satu MASALAH UTAMA buat seseorang affiliate marketer iaitu untuk terus menjana keuntungan dan komisen yang baik untuk perniagaannya, dia perlu sentiasa berusaha mencari trafik atau pengunjung untuk disalurkan ke laman web produk yang sedang dipromosikannya.

Tanpa trafik maka tiada sebarang keuntungan atau komisen yang akan anda terima!

Oleh itu, boleh saya katakan bahawa TRAFIK merupakan DARAH kepada perniagaan anda sebagai seorang affiliate marketer. Tanpanya maka anda tidak akan boleh meneruskan kehidupan anda di dalam dunia internet dengan lama.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan untuk menjana trafik ke mana-mana produk affiliate yang sedang anda promosikan.

Di antara strategi-strategi yang popular adalah:

  1. Pay-Per-Click
  2. Promosi Blog
  3. Promosi Forum
  4. Promosi Email
  5. Promosi Banner

Masalah di dalam menggunakan strategi-strategi di atas adalah anda perlu betul-betul mahir di dalam cara mempromosikan produk dengan menggunakan strategi tersebut dan belum tentu lagi tempat anda melakukan promosi tersebut seperti di Blog dan Forum akan menjanjikan trafik yang baik untuk anda.

Sebenarnya terdapat satu lagi strategi promosi yang boleh digunakan oleh pemasar affiliate untuk mempromosikan mana-mana produk affiliate iaitu dengan mempromosi di dalam portal eBay!

Mengapa? Anda terkejut?

Jangan! Ia merupakan satu strategi yang boleh anda gunakan tetapi rata-rata boleh saya katakan hampir 80% affiliate marketer di seluruh dunia tidak tahu menggunakan strategi promosi ini.

Ramai yang beranggapan bahawa portal eBay cuma tempat untuk anda menjual barangan. Tanggapan ini salah kerana dengan strategi dan teknik yang betul, anda boleh menjana trafik tanpa henti terus daripada portal eBay ke mana-mana produk affiliate yang anda inginkan tanpa melanggar sebarang polisi eBay.

Portal eBay memberikan pasaran niche yang terbesar di seluruh dunia kerana terdapat melebihi 200 JUTA ahli eBay di seluruh dunia yang mempunyai pelbagai minat dan kehendak. Kini terdapat 50,000 kategori barangan di portal eBay dan ini menunjukkan bahawa hampir setiap niche yang ada di seluruh dunia pasti akan ada peminatnya di dalam portal eBay.

Oleh kerana itu, adalah satu kerugian yang besar jika anda tidak mengambil peluang penjanaan trafik tanpa henti daripada portal e-Dagang yang terbesar di dunia ini. Dengan strategi penjanaan trafik yang mantap, keuntungan dan komisen yang bakal anda perolehi sudah pasti lumayan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan strategi rahsia bagaimana anda boleh menjana trafik tanpa henti daripada portal eBay, saya sarankan anda mendapatkan Pakej Jana Trafik eBay daripada laman web berikut:

http://www.JanaTrafik.com

Saya yakin yang anda tidak akan menyesal mendapatkannya!