Semuanya berharga USD 5.00 (RM 15.00) sahaja
Fiverr.com adalah sebuah portal perniagaan yang menawarkan semua perkhidmatan dan produk yang ditawarkan hanya dengan satu harga. Iaitu USD 5 sahaja.
Saya pernah menggunakan perkhidmatan ini beberapa kali untuk mendapat analisa untuk blog dan website saya. Alhamdulillah kualiti yang ditawarkan oleh peserta di sini juga sangat baik dan lebih daripada nilai RM 15 yang kita bayar kepada mereka.
Walaupun ada antara penjual di sini menjual produk fizikal tetapi hampir kesemua yang lain menawarkan perkhidmatan atau servis. Terdapat macam-macam servis yang ditawarkan di sini.
Dari pada perkhidmatan membuat logo untuk 5 dollar sehinggalah perkhidmatan gadis cantik yang ingin menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada anda untuk 5 dollar.
Fiverr.com adalah satu platform yang bagus untuk usahawan dan peniaga kecil untuk mendapatkan perkhidmatan dengan harga yang murah. Mungkin anda perlukan perkhidmatan membuat logo. Memandangkan harga di sini adalah tetap, anda tidak perlu lagi untuk tawar menawar ataupun takut tertipu dengan harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang anda tidak ada pengetahuan mengenainya.
Selain itu terdapat sistem maklumbalas atau feedback yang membolehkan anda melihat terlebih dahulu apa maklumbalas pembeli lain terhadap seseorang penjual. Dengan ini anda boleh jangka bagaimana perkhidmatan yang bakal ditawarkan kepada anda.
Anda juga tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap perkhidmatan yang anda beli, harganya hanya RM 15. Jika anda rugi sekalipun, anda hanya hilang RM 15.
Jana pendapatan dengan Fiverr
Hanya terdapat satu cara untuk anda menjana pendapatan dengan Fiverr iaitu dengan menawarkan perkhidmatan dan servis yang anda ada. Samada anda pandai melukis logo, atau membuat video atau pandai menulis. Anda boleh iklankan perkhidmatan ini di Fiverr.
Pada mulanya agak susah untuk anda dapatkan pelanggan, namun selepas beberapa lama, anda akan mendapat pelanggan. Gunakan peluang ini untuk memberikan yang terbaik. Pelanggan ini akan memberi anda maklumbalas yang positif. Dengan maklumbalas positif ini anda akan mendapat pelanggan yang lebih ramai.
Selain itu terdapat juga satu segmen di Fiverr yang menunjukkan anda apa perkhidmatan yang diminta oleh orang. Anda boleh memenuhi permintaan itu jika anda mahir dalam melakukannya. Ini juga satu cara untuk membuat jualan awal.
Tips Menawarkan Perkhidmatan di Fiver
1. Tawarkan sesuatu yang memberi keuntungan kepada anda. Anda tidak boleh menaikkan harga di sini. Semuanya hanya pada USD 5.00. Jadi tawarkan sesuatu yang berbaloi dengan masa yang anda akan laburkan.
2. Fiverr juga membenarkan anda meletakkan video dalam laman tawaran anda. Jadi ambil peluang ini. Video akan menaikkan kredibility dan boleh membawa masuk lebih banyak jualan.
3. Jadikan tajuk tawaran anda menarik. Ini adalah tempat di mana pandangan pertama prospek anda.
Tips Membeli di Fiverr
1. Bagi peniaga kecil yang tidak mempunyai semua jenis staff di pejabat. Fiverr adalah tempat yang menarik untuk kita mendapatkan perkhidmatan. Contohnya perkhidmatan membuat logo syarikat. Ini kerja sekali sahaja. Jadi gunakan Fiverr dengan kos RM 15 adalah sangat berbaloi.
2. Jangan harapkan anda mendapat perkhidmatan yang terlalu hebat dengan harga RM 15. Contohnya jika anda membeli perkhidmatan membuat video melalui Fiverr. Jangan harapkan anda mendapat video yang berkualiti tinggi yang berharga beribu Ringgit.
Selamat mencuba
Artikel sumbangan : Shahabudeen Jalil







