Archive for the ‘ article ’ Category

Transformasi Diri Dengan Perniagaan Internet

Oleh : Maimunah Hussin, www.nextsphere.com.my

 

Buat pertama kalinya, seorang ahli perniagaan atau firma kecil boleh bersaing diperingkat global dengan syarikat-syarikat ternama dan besar. Internet membuka peluang perniagaan yang sangat luas tanpa adanya batas sempadan dan masa. Masa perniagaan beroperasi tanpa henti 24 jam sehari sepanjang tahun memberi kelebihan berbanding dengan berniaga secara offline.

Internet satu platform baru bagi kita untuk mencari sumber baru kekayaan. Tahukah anda, mengikut bancian Nielson, tahun 2010 mencatat jualan online global mencecah kepada US$680 Billion. Di Malaysia pula, perniagaan melalui Internet bernilai RM1.8 Billion dan dijangka meningkat kepada RM5 Billion pada tahun 2015.

Model Baru Perniagaan

Angka-angka ini telah membuka mata samaada usahawan offline atau usahwan yang baru untuk turut sama aktif di dalam punca sumber ekonomi baru ini. Untuk golongan peniaga, kaedah lama di dalam menjalankan perniagaan sudah tidak lagi relevan. Untuk kekal berjaya, sangat penting untuk membawa perniagaan mereka ke tahap
seterusnya (next level) iaitu berurusniaga melalui online. Anjakan model perniagaan ini masih tidak lagi terlewat kerana peniagaan melalui Internet ini masih lagi diperingkat awal.

Bagi usahawan yang baru, kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya dan bergelar Jutawan Internet telah menarik minat untuk menceburi perniagaan Internet ini.
Di Malaysia nama-nama besar seperti Dr. Irfan Khairi, Fione Tan, Patric Chan dan ramai lagi Jutawan Intenet Senyap telah membuktikan bahawa kejayaan dan kekayaan boleh diraih dengan Internet. Dan mereka ini telah menempa kejayaan pada usia di bawah 30 tahun!

Mengapa Internet ini menjadi sangat hot dan kegilaan ramai pada hari ini?

Begitu banyak seminar-seminar dan kursus-kursus yang memberikan program-program perniagaan online diadakan sekarang mendapat sambutan yang hebat. Ada pelaburan yang percuma sehingga harga puluhan ribu ringgit. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global. Malah satu rekod, seorang Internet Marketer dari Negara jiran kita telah menjana US$1.497 juta dalam tempoh 36 jam untuk program
latihan secara online!.

Perubahan Gaya Komunikasi

Kemudahan komunikasi hari ini sangat hebat dan canggih. Ini menyumbang kepada faktor penggunaan meluas telefon pintar dan kemudahan komunikasi dan internet yang lebih baik. Di Malaysia sahaja sepanjang tahun lalu sebanyak 7.5 juta telefon bernilai RM4.5 Billion terjual di mana separuh adalah telefon pintar.(Jumlah Penduduk Bancian 2010 adalah 27.5 juta orang). Kaedah komunikasi lebih pantas seperti SMS, blog, facebook dan twitter menjadi pilihan majoriti pengguna.

Dengan perubahan persekitaran ini, terdapat permintaan yang sangat tinggi kepada produk atau aplikasi Mobile. Pengguna, terutama generasi muda mahukan sesuatu perkhidmatan tidak mengira masa dan mudah untuk melakukan transaksi. Peluang ini terbuka luas kepada Usahawan untuk memenuhi permintaan mereka dengan
menyediakan produk-produk dan servis yang berkaitan.

Contoh Produk

Apakah jenis produk yang boleh diniagakan melalui Internet?

Sebenarnya semua boleh dijual, bermula daripada hobi kepada produk atau servis. Berikut adalah contoh-contoh produk-produk yang bermula dari idea yang biasa-biasa tetapi terjual lumayan melalui Internet:

1. Jacob Hiller, menjual lebih US$1 juta melalui ebook The Jump Manual Book , sebuah buku panduan mengenai bagaimana untuk melompat lebih tinggi!.

2. Zachary & Nathan Doctor, pemilik BikeTiresDirect.com dengan US$8 juta jualan tahunan – menjual peralatan basikal. Idea bermula dengan hobi semasa remaja iaitu bermain basikal.

3. Kristof Lindner dari German , memperoleh pendapatan 7 angka dengan mengalih bahasa buku oleh penulis Amerika Eben Pagan Double Your Dating ke bahasa German“. Ideanya? Bermula dengan hanya membaca buku!

4. Marc Ostrofsky, tahun 1999 menjana US$7.5 juta tanpa website, servis dan produk. Dan dengan menambah nilai, beliau menjual semula pada nilai US$345 juta. Berniaga apa tu? Beliau hanya menjual domain Business.com!

5. Dr. Irfan Khairi – Pakar Perniagaan Internet, penulis buku terlaris, diantaranya Rahsia Internet.com, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Kejayaannya bergelar Jutawan Internet diusia muda telah menjadikan beliau Ikon Internet Malaysia!.

6. Jamal Bahari- Pakar ebook menjana pendapatan enam angka dengan buku-buku – ebook-ebook BOX OFFICE yang telah dihasilkan sejak 2009 hingga kini, diantaranya ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, Rahsia Lulus temuduga
Kerja Kerajaan dan juga ebook Emas-Emas Yang Hilang berjaya menghasilkan lebih 7000 unit ebook sejak Disember 2008.

Dan banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang lain.

Sebenarnya dalam diri kita sendiri mempunyai idea-idea yang hebat seperti mereka. Bezanya mereka yang telah berjaya telah mengambil tindakan merealisasikan menjadi kenyataan. Begitu banyak model perniagaan yang boleh dibuat seperti menggunakan Website, media sosial seperti Facebook, Youtube, Email, Blog dan Twitter. Bagi yang tidak mempunyai produk, boleh berniaga melalui konsep dropship, affiliate atau menjual
domain. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis model mengikut personaliti dan kemampuan anda. Seperti Marc Ostrofsky, domain Business.com dibeli berharga US$150,000 dan mengambil masa empat tahun untuk dijual dengan harga US$7.5 juta.

Tidak kira apapun jenis model perniagaan yang dipilih, kejayaan memerlukan komitmen yang tinggi, sikap yang positif dan yang pentingnya seronok dengan apa yang dilakukan. Pelajari sistem dan ilmu dari mereka yang telah berjaya untuk memendekkan proses perjalanan kita ke arah kejayaan.


Bagaimanakah Caranya Untuk ‘Menjual’ Banner Iklan Anda

oleh Akmal Izzat
http://www.1bannermaker.com

Banner web atau iklan di web selalu ada untuk mengiklankan produk dan servis orang lain, tetapi adakah iklan-iklan ini ‘menjual’? Dalam artikel ini,saya akan berkongsi bersama anda seni atau pun rahsia yang menjual iklan-iklan di internet!

Fakta Iklan #1: Bila kita membuat banner, pastikan kita menjual banner iklan kita pada ‘klik’ dan bukannya pada produk!

Bayangkan satu iklan percutian yang penuh dengan informasi seperti harga murah, nombor telefon, kelebihan, kemudahan dan lain-lain.  Apakah pendapat anda apabila melihat banner sebegini? Saya berani katakan banner tersebut adalah TERUK!

Sebab ianya mempunyai terlalu banyak tulisan dan informasi dan orang tidak mahu ‘klik’ sebab mereka sudah tahu semuanya! Apa gunanya klik lagi? Apa yang patut anda buat ialah timbulkan rasa ingin tahu supaya mereka klik pada iklan anda (di sinilah Sales Pages memainkan peranan!).

Ini adalah salah satu contoh iklan yang menarik perhatian: satu banner iklan yang bertulis “Pernah dengar Pod Slurping? Teknik ini digunakan untuk mencuri data berharga syarikat anda.”. Jika anda mempunyai syarikat besar dan takut kehilangan data anda, adakah anda akan klik? Tentulah anda akan klik! Banner sebeginilah yang mampu menjual ‘klik’ dan bukannya melalui produk itu sendiri.

Fakta Iklan #2: Tiada call-to-action pada banner anda.

Saya pasti anda pernah melihat banyak banner yang ada teks/isi tetapi tidak menyuruh pengguna untuk klik/tiada call-to-action. Dan amat menyedihkan, banner-banner sebegini gagal mendapatkan klik dan menjadi ‘iklan setempat’ sahaja.  Apa guna banner kalau tiada klik? Memang bagus jika anda ingin mendapatkan brand conscious tetapi adakah dengan brand conscious itu anda akan dapat menjana keuntungan? Untuk mendapatkan jualan, anda perlu meletakkan call-to-action pada banner anda.

Sebagai contoh: “KLIK SINI UNTUK PAKEJ FOTOGRAFI PERKAHWINAN KURANG DARI RM500”, apa pendapat anda? Saya berani katakan yang iklan ini adalah sangat berterus-terang dan ianya menyuruh anda klik jika nak tahu dengan lebih lanjut. Beginilah caranya untuk mendapatkan klik. Anda juga boleh gunakan taktik memberikan laporan percuma, tempoh percubaan sesuatu produk ataupun dengan menggunakan tempoh masa yang terhad.

Sedangkan ayat “Klik sini” sahaja sudah berkesan. Tidak perlu tulis panjang- panjang, ayat sebegini memang wajib ada!

Menurut kajian, pengguna lebih suka/cenderung menekan links dan butang- butang. Gunakan kaedah ini pada banner anda! Ayat “klik sini” yang bergaris pun lebih ramai orang klik dari yang tidak bergaris (menurut suatu kajian kes), cubalah!

Semoga anda dapat menghasilkan lebih banyak klik dan jualan menerusi kaedah yang betul ini.Selamat mencuba!

Mengenai Penulis

Akmal Izzat ialah seorang graphic designer dan internet marketer.
Beliau menyediakan servis design dan panduan di dalam pengiklananan banner di internet. Antara produk beliau ialah BannerForFacebook.comRahsiaBannerPantas.com dan 1BannerMaker.com


Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)

Bagaimana Buat Duit Dengan Software (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 http://www.BisnesDigital.com

Kebanyakan individu mempunyai persepsi yang mereka perlu mencipta perisian seperti Microsoft Word, Micrososft Powerpoint ataupun Adobe Dreamweaver untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan di Internet. Sebab itulah ramai yang berasa takut untuk menjadikan software sebagai medium untuk menghasilkan pendapatan di Internet.

Memang agak menakutkan jika itulah persepsi anda.

Sudah pasti anda memerlukan satu kumpulan pengaturcara yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pengalaman yang luas untuk menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft ataupun Adobe. Itu belum lagi termasuk kos penggajian dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan software di Internet, anda tidak perlu menghasilkan software seperti yang dihasilkan oleh Microsoft, Adobe, Apple dan banyak lagi syarikat besar di luar sana. Satu aplikasi mudah yang dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah sesetengah kumpulan pengguna sudah cukup untuk memberikan anda 5 atau 6 angka tambahan ke dalam akaun bank anda (atau mungkin juga sehingga 7 angka).

Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah hapuskan persepsi yang anda perlu cipta software kompleks seperti yang dijual oleh syarikat-syarikat besar di luar sana.

Fokus kepada aplikasi mudah yang boleh dijadikan penyelesaian kepada masalah sesetengah sasaran pasaran.

Sebagai contoh, bina aplikasi yang boleh membantu anda mengingatkan tarikh lahir pasangan anda dan ahli keluarga yang lain. Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan perhubungan di antara pasangan dan keluarga tetapi saya pasti ianya tidaklah serumit mencipta sebuah software untuk membina sebuah roket.

Bagaimana pula aplikasi yang membolehkan anda menukarkan gambar yang anda ambil melalui kamera biasa anda kepada gambar yang mempunyai efek seperti bingkai gambar, warna hitam putih, latarbelakang gambar dari negara asing dan sebagainya? Saya pasti ianya juga tidak sesukar untuk mencipta software Microsoft Powerpoint.

Dua contoh di atas adalah contoh semata-mata untuk memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Sudah tentulah anda juga perlu tahu bahawa aplikasi yang anda akan cipta ini mempunyai permintaannya dan orang lain sanggup membayar aplikasi tersebut untuk menggunakannya. Jika anda sudah pastikan pasaran ini dan anda mempunyai penyelesaiannya, saya pasti anda akan dapat menjual aplikasi atau ‘software’ anda dengan mudah.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Program terbaru beliau bersama Patric Chan “Pakar Software” adalah sebuah panduan untuk anda menghasilkan dan menjual perisian di Internet menggunakan kaedah Pakar Bisnes Internet. Ianya sebuah sebuah topik dan panduan yang belum pernah didedahkan kepada pasaran tempatan sebelum ini. Dapatkan “Pakar Software” sekarang di http://www.PakarSoftware.com

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link Pakar Software kepada link affiliate Pakar Software anda untuk tujuan mempromosiakn artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara (c) 2011 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================


Pelaburan VS Perniagaan Internet

Ramai masyarakat yang terkeliru terhadap istilah PELABURAN INTERNET dan juga PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.

Membuat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet.  Di Malaysia, antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet…. diulangi.. PERNIAGAAN INTERNET…. atau perlukah saya mengejakannya? P . E . R . N . I . A . G . A . A . N ….. PERNIAGAAN …

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang “KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET ” , izinkan saya menjelaskannya kepada anda. Diharapkan anda dapat melapangkan dada dan mengosongkan fikiran anda terlebih dahulu dari segala tanggapan-tanggapan serta cerita-cerita yang pernah anda dengar sebelum ini tentang “BUAT DUIT DI INTERNET”.

Secara keseluruhannya, terdapat 3 kaedah / cara membuat duit di internet, iaitu :-

  • Perniagaan Internet
  • Program Internet
  • Pelaburan Internet

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

1) Perniagaan Internet

Satu kaedah yang paling pasti untuk membolehkan anda membuat duit di internet adalah dengan menjalankan perniagaan anda di internet. Perniagaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.

Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada “perniagaan yang berasaskan” produk ataupun “perniagaan yang berasaskan perkhidmatan”.

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel
  • Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi perniagaan internet yang berasaskan produk pula, ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

  • Menjual Tikar
  • Menjual Alat Penjimatan Eletrik
  • Menjual Buku
  • Menjual Peta
  • Menjual Model Kapal Terbang
  • Menjual Menjual CD multimedia
  • Menjual Cadar

Produk Digital

  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik profesional
  • Menjual video-video tutorial
  • dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika ada yang menipu pun peratusannya agak kecil (Sama seperti perniagaan konvensional, ada juga peniaga-peniaga yang melakukan penipuan di dalam perniagaan mereka.). Peniaga internet menggunakan internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk-produk mereka. Jadi! adakah mustahil untuk anda membuat duit di internet dengan melakukan perniagaan di internet? Sudah pastinya tidak mustahil sama sekali. Anda BOLEH buat duit di internet dengan menjalankan PERNIAGAAN Internet!

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama.. ada penjual, ada pembeli dan ada produk. Di dalam Perniagaan Internet…. tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi, terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia perniagaan. Untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya, anda perlu mempunyai ilmu mengenai “Niche Market Research”, “Product Development”, “Web Development”, “Internet Marketing”, “Search Engine Optimization(SEO)”, “Sales Letter Writing “, “Web Credibility”, “Traffic Generation” dan bermacam-macam lagi ilmu yang perlu dipelajari dan diketahui….. Membangunkan perniagaan internet, bukanlah semudah membangunkan website dan meletakkannya di internet sahaja.. ia lebih dari itu. Jadi, sememangnya tiada istilah “Duduk Diam Dapat Duit” di dalam dunia perniagaan internet.

Jika anda berminat untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang cara-cara membina perniagaan di internet yang betul, sertailah komuniti kami di www.wangcyber.com , banyak tips-tips serta ilmu yang membincangkan tentang cara-cara membina perniagaan internet yang berjaya dikongsikan di website tersebut.

2) Program Internet

Kaedah kedua untuk membuat duit di internet adalah melalui program-program internet.Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu “membina perniagaan internet”.

Program internet ini pula. boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :-

Program Pengiklanan (Ads Network)

  • Google Adsense
  • Text-Links-Ads
  • Bidvertiser
  • Nuffnang
  • Advertlets
  • ReviewMe

Program Affiliate ( Affiliate Program)

  • Clickbank
  • Commision Junction
  • PayDotCom
  • Amazon.com

Internet MLM

  • Get Paid To Program
  • Get Paid to Read Email
  • Get Paid to Surf
  • Get Paid to Survey

Randomizer

  • Forced Matrix

Nota : Hijau - Boleh Dipercayai , Oren - Perlu Berhati-hati , Merah - Lari jauh-jauh.

Program Pengiklanan

Program pengiklanan seperti google adsense, bidvertiser, text-link-ads , nuffnang dan yang lain-lain, adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang menghubungkan antara “pihak penerbit iklan” dengan “pihak pembeli iklan”. Jika anda ingin membuat duit di internet menerusi program pengiklanan ini, anda perlulah menjadi pihak “Penerbit Iklan”, atau lebih dikenali sebagai “Publisher”.

Sebagai seorang “publisher”, anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di website anda, untuk diletakkan iklan-iklan dari program-program pengiklanan yang anda sertai. Pihak penganjur program pengiklanan seperti google, text-links-ads, bidevrtiser dan sebagainya, akan membayar anda berdasarkan kaedah yang ditetapkan, iaitu sama ada mengikut bilangan klik , bilangan paparan atau pun mengikut kiraan hari berapa lama iklan tersebut di paparkan di website anda.

Duit yang digunakan untuk membayar anda itu pula, sebenarnya, bukanlah datang dari pihak penganjur, tetapi duit-duit tersebut, sebenarnya datang dari pihak-pihak pembeli iklan (pihak-pihak yang ingin mengiklankan website/produk mereka). Jadi, disini, jelas dapat di lihat dari mana sumber datangnya duit tersebut dan kemana ia disalurkan. (Dari poket pembeli iklan, ke penganjur program, dan seterusnya ke poket anda, kerana sudi memaparkan iklan mereka).

Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” .

Internet MLM

Kini, Industri MLM “Multi-Level-Marketing” juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan “lesen AJL” untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan “jualan produk” kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan “bilangan agen baru” yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti “Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal” kini ditukar kepada “Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!”, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”

Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai “Lesen AJL” dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.

Saya pernah menulis dengan panjang lebar mengenai “Skim Piramid yang bertopengkan MLM” ini, untuk bacaan lebih lanjut, anda boleh lihat disini http://www.wangcyber.com/forum/showpost.php?p=2657&postcount=2

Program “Get Paid To…” (GPT)

Ini satu lagi kaedah buat duit di internet, tetapi terus terang saya katakan, program-program ini, kebanyakkannya adalah tipu dan hanya akan membuang masa anda. Ada sesetengah programGPT ini, yang menawarkan anda sehingga USD100 untuk anda membaca setiap email yang dihantar. Usah mudah percaya dan kelabu mata, tanya dulu.. “Dari mana mereka dapat duit untuk membayar USD 100 kepada anda bagi setiap email?”. Dari pihak pengiklan? Maaf cakap, tapi dalam dunia perniagaan, tiada peniaga yang sebodoh itu yang sanggup membayar USD100 kepada setiap orang yang membaca email iklan mereka.

Tujuan sebenar penganjur program-program “get paid to..” ini sebenarnya hanyalah untuk mendapatkan alamat email anda dan kemudiannya menjualkannya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Akibatnya, inbox email anda akan menerima banyak email-email SPAM (email tidak diundang) yang mengandungi iklan-iklan seperti viagra, pil ectasy, dadah, website lucah, software murah serta seseorang yang mendakwa dirinya pentadbir harta kerajaan nigeria yang baru sahaja kematian raja.

Jadi, usah membazirkan masa anda dengan program-program seperti ini. Tiada orang yang menjadi kaya hasil menyertai program-program seperti ini.

Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan “skim cepat kaya” & “program perjudian”. Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu “menderma” dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut “menderma” (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di”derma”kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga… kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib… kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi “mangsa” yang lain.

Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan “forced matrix” yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang “bodoh” di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata “Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah… segala usaha kita akan berhasil!”… Usaha apanya? Program dah tepu… nak usaha apa lagi?

Berikut adalah ilustrasi susunan ahli skim piramid yang digunakan oleh program “forced matrix 5″

Apabila program ini tepu pada level ke 6 (sebab tiada lagi orang “kurang pandai” yang dapat diperdayakan) , maka, 55,944 orang akan rugi (level 3-6) dan hanya 42 orang sahaja yang akan untung (level 1 – 2). Jadi, nasihat saya, jauhkan diri anda dari program-program seperti ini, ini kerana, anda tidak akan tahu di level mana anda berada apabila anda menyertai program tersebut.

3) Pelaburan Internet

HYIP (High Yield Investment Program)

Ini pula adalah kaedah yang paling-paling disukai dan digilai oleh ramai orang, terutamanya rakya Malaysia… . Campak duit!… Goyang Kaki! Cukup bulan.. duit berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bank! Nak lagi banyak? Ajak kawan-kawan sekali, jemput semua sekali orang kampung masuk melabur!

Peduli apa pihak penganjur buat dengan duit tersebut?
Peduli apa mereka itu ada lesen ke tidak?
Peduli apa halal ke haram?

Yang penting….. cukup bulan.. CONFIRM dapat untung sekian-sekian peratus!

HYIP, Swisscash, E-Barrel, ABFund dan apa-apa sahaja website yang menjanjikan anda keuntungan tetap, adalah beberapa contoh website yang menawarkan skim PELABURAN INTERNET ini. Mereka tidak mempunyai lesen, dan mengambil deposit daripada masyarakat secara haram.

Inilah kaedah buat duit di internet yang di”HARAM”kan oleh majlis fatwa kebangsaan pada 12 April 2007 . Suatu pelaburan yang dijalankan menerusi internet… atau nama sebenarnya, SKIM CEPAT KAYA ALAF BARU.

Duit yang dilaburkan sebenarnya hanya dipusing-pusingkan. Duit-duit dari pelabur X, Y, Z akan diberikan kepada pelabur-pelabur A, B, C yang merupakan orang-orang yang terawal melabur di dalam pelaburan haram ini. Dan, apabila pelabur-pelabur A, B, C ini mendapat wang keuntungan sepertimana yang dijanjikan oleh penganjur pelaburan haram ini (yang sebenarnya sengaja diberikan untuk menguatkan kepercayaan orang ramai). Maka, akan semakin riuhlah pelabur-pelabur A, B, dan C ini mengkhabarkan yang mereka kononnya telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda dari pelaburan mereka di dalam skim pelaburan haram tersebut.

“Tengoklah berapa banyak duit aku dah dapat hasil daripada pelaburan ini, mana ada tipu? Kalau tipu, takkan aku boleh dapat duit banyak begini?” kata pelabur A

“Sertailah kami, usah dengar kata-kata rakan-rakan anda itu, mereka itu semua orang yang berfikiran rendah, busuk hati & pendengki! Tidak boleh tengok orang senang sikit! ” kata pelabur B

“Haram konon…. boleh jalanlah dengan haram kau! Kalau nak haram.. haramkan semuanya!” kata pelabur C yang cuba menghalalkan perkara yang haram.

Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai pelaburan haram ini disini, saya sudah letih, jika anda ingin membaca kupasan lebih lanjut mengenai pelaburan haram ini, anda boleh lawati website-website berikut :-

Apa yang pasti, kini dalang-dalang skim-skim pelaburan haram & cepat kaya ini sedang mencari-cari taktik yang baru untuk meneruskan lagi kegiatan penipuan mereka. Dengar kata, mereka kini sedang sibuk pula membuat website-website pelaburan yang baru, untuk website yang terbaru ini, mereka tidak lagi memberikan pulangan “tetap”, tetapi pulangan diberikan, berdasarkan “prestasi” pelaburan pula!. Apabila ditanya, Dimana wang pelabur dilaburkan?.. Mana lesen pelaburan? Mana laporan pelaburan tahunan? “Oh! itu tidak boleh di dedahkan.. itu rahsia strategi pelaburan kami!” alasan ringkas yang mereka berikan untuk sekali lagi memperbodohkan masyarakat.

Nasihat saya kepada anda! Jika ada peluang-peluang buat duit yang ditawarkan kepada anda, lebih-lebih lagi jika mereka meminta wang dari anda (sama ada berbentuk yuran keahlian / wang pelaburan) dan kemudiannya, meminta anda MENCARI ORANG lain untuk membolehkan anda mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa yang singkat. Berhati-hatilah…ops! maaf! Bukan berhati-hati.. tetapi larilah jauh-jauh sekuat-kuatnya.

Selidik terlebih dahulu dari mana asalnya wang keuntungan yang anda perolehi itu? Oh! yer… apabila saya menyuruh anda membuat “selidikan” , ia bukanlah bermaksud, membaca segala maklumat yang terdapat di website mereka dan kemudiannya mempercayainya 100%.

Tetapi apa yang saya maksudkan dengan perkataan “selidik” ialah , selidik terlebih dahulu modus operandi mereka, dari mana sumber duit tersebut datang, dan ke mana duit tersebut pergi. Apa yang menyebabkan mereka boleh memberikan anda keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat?. Tetapi jika anda terlalu daif untuk membuat selidikan, tanyalah dan rujuklah kepada rakan-rakan lain yang lebih arif. Dimana hendak mencari rakan-rakan yang lebih arif mengenai topik BUAT DUIT DI INTERNET? , wangcyber.com adalah salah satu tempat yang terbaik.

Pelaburan Forex

Satu lagi pelaburan yang menjadi kegilaan orang ramai pada waktu ini, (terutamanya bekas-bekas mangsa Autosurf & HYIP) ialah pelaburan forex menerusi internet. Untuk makluman anda, pelaburan forex adalah merupakan satu pelaburan yang sangat berisiko tinggi. Malahan, pihak kerajaan serta pihak Bank Negara Malaysia tidak membenarkan mana-mana individu serta syarikat di malaysia untuk menjalankan urusniaga forex ini. Hanya beberapa institusi perbankan sahaja yang dibenarkan dan mempunyai lesen untuk menjalankan urusniaga forex tersebut. Antaranya Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Pos Malaysia Berhad dan juga Bank Simpanan Nasional.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai “keghairahan” yang tinggi terhadap pelaburan forex ini , mereka mencari dan menggunakan website-website broker dari luar negara untuk menjalankan urusniaga forex mereka.

Namun begitu, apa yang mereka tidak sedar, kebanyakkan website-website broker tersebut adalah scam dan tidak berlesen.

Jadi, kepada mereka yang “keghairahan” sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi daripada bermain forex, berhati-hatilah apabila anda ingin memilih website-website broker untuk melabur di dalam forex.

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia menerusi Internet

Bank-bank di Malaysia seperti Maybank, CIMB , RHB dan lain-lainnya telah melangkah setapak lagi di dalam mengoptimunkan penggunaan internet di dalam perniagaan mereka. Ini kerana, bank-bank tersebut, telah berjaya menyediakan kemudahan kepada pelanggan-pelanggannya melakukan urusan jual beli saham di Bursa Malaysia hanya melalui internet , menerusi laman web mereka.

Untuk menjalankan urusniaga (bermain) saham di Bursa Malaysia menerusi internet ini, anda perlu membuka akaun perdagangan (Trading & CDS Account) anda dimana-mana cawangan bank Maybank / CIMB / RHB berdekatan anda.

Namun begitu, perlu difahami, pelaburan saham di Bursa Malaysia mempunyai risiko yang agak tinggi juga. Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu yang secukupnya sebelum melaburkan wang anda di pasaran saham tersebut.

Pelaburan saham ini tidak ada kaitannya dengan “PELABURAN INTERNET” yang telah saya nyataan di atas, ia adalah pelaburan saham yang biasa di Bursa Malaysia, cuma kini, semua urusniaga jual beli saham tersebut, boleh dilakukan menerusi internet.

Jadi, pelaburan saham di bursa malaysia yang dijalankan menerusi internet ini bolehlah dikatakan selamat & benar, kerana anda melabur di Bursa Malaysia yang sememangnya sudah diiktiraf urusniaganya oleh bank negara malaysia.

Kesimpulan

Kesimpulannya… BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan penuh dengan tipu daya!. Ianya tidak mustahil dan telah pun dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, sudah terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet melalui PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing

Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza. Kami di WangCyber.com amat-amat menggalakkan masyarakat di malaysia membina & menjalankan PERNIAGAAN INTERNET mereka masing-masing, dan kami di wangcyber.com juga, menolak dan menentang sekeras-kerasnya PELABURAN-PELABURAN HARAM serta SKIM-SKIM CEPAT KAYA yang wujud di internet.

Dengan penjelasan ringkas saya ini, diharapkan, tiada lagi kekeliruan daripada mana-mana pihak mengenai istilah PERNIAGAAN & PELABURAN Internet serta salah anggapan mengenai hakikat sebenar BUAT DUIT DI INTERNET.

Sekian, salam keusahawanan dari saya..

Wassalam.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth
WangCyber.com Founder
Terbitan Pertama : 18 May 2007
Versi Dikemaskini : 3 Jan 20101


Langkah Pertama Ke Arah Bisnes Internet Cemerlang

Langkah Pertama Ke Arah Bisnes Internet Cemerlang
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Artikel yang bakal anda baca ini adalah petikan daripada kandungan buku “The Four Weeks To Freedom“. Anda boleh buat pesanan buku fizikal terkini Zamri Nanyan ini melalui www.TheFourWeeksToFreedomBook.com

“Beritahu saya langkah pertama untuk memulakan bisnes Internet yang berjaya seperti anda. Saya tengok banyak orang mengakui mereka telah banyak buat duit di Internet, tapi saya masih lagi tercari-cari bagaimana untuk melakukannya.” – calon usahawan Internet.

Ini merupakan soalan biasa yang selalu saya terima setiap masa. Memang terdapat ramai individu di luar sana yang masih lagi ragu-ragu dan sangsi terhadap bisnes di Internet. Mereka fikirkan yang menjana wang di Internet hanyalah rekaan semata-mata. Lebih teruk lagi, perniagaan Internet dikatakan sebagai bisnes tidak sah dan menipu pelanggan. Kata mereka lagi, tiada siapa pun yang sebenarnya dapat menjana ribuan ringgit dengan hanya bekerja sendiri di hadapan komputer di rumah kediaman mereka. Ianya tak logik.

Tetapi, yang lebih menarik lagi ialah ramai juga di kalangan mereka yang pada permulaannya amat skeptikal ini sudahpun mula mencari-cari bagaimana Internet dapat memberikan mereka pendapatan yang lumayan. Mereka telahpun melepasi tahap keraguan tentang bisnes Internet. Ini mungkin disebabkan mereka telahpun menjumpai usahawan Internet yang berjaya secara bersemuka di seminar perniagaan, perjumpaan rasmi dan tidak rasmi atau aktiviti-aktiviti sosial lain.

Kepercayaan mereka terhadap ketulenan bisnes Internet ini mengatakan yang mereka mungkin akan ketinggalan satu lagi peluang keemasan terbesar untuk menjana pendapatan yang amat lumayan di era informasi ini sekiranya mereka tidak bermula sekarang. Mereka tahu bahawa pasti ada beberapa cara yang betul untuk mereka menjana pendapatan di Internet.

Masalahnya cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukannya, atau lebih tepat lagi ialah mereka BELUM lagi tahu bagaimana untuk menjana pendapatan di Internet.

Berbalik kepada isu utama di atas, jawapan ringkas kepada soalan “langkah pertama untuk memulakan bisnes Internet yang berjaya” adalah mudah.

Dapatkan ILMU yang bersangkutan untuk memulakan bisnes!

Itu sahaja.

Itulah langkah pertama anda.

Memang tak masuk akal jika anda lakukan sesuatu tanpa sebarang ilmu untuk melaksanakannya, terutama sekali jika ianya melibatkan pembangunan sebuah bisnes yang melibatkan wang ringgit. Hendak membaca pun anda perlu belajar mengeja terlebih dahulu, inikan pula berkecimpung di dalam bidang yang lebih mencabar. Pasti ianya memerlukan ilmu yang bersesuaian.

Kalau anda tak percaya dan ingin mencuba samada kenyataan saya ini betul atau salah, tiada siapa yang dapat melarang anda. Lakukan cara anda sendiri. Mulakan bisnes Internet anda tanpa anda perlu membaca, pergi ke seminar perniagaan, belajar terus daripada usahawan Internet dan sebagainya.

Suatu hari nanti anda akan sedar bahawa melakukan sesuatu tanpa ilmu adalah kerja gila. Anda akan kerugian masa, tenaga, wang ringgit dan segala-galanya.

Nasihat saya, jangan memulakan bisnes Internet anda tanpa mendalami serba sedikit ilmu perniagaan era informasi ini. Lebih baik anda dikejutkan dengan kenyataan saya sekarang ini daripada anda tersedar 5 tahun daripada sekarang,yang mungkin pada masa tersebut, anda sudahpun patah hati untuk menerima hakikat sebenar ini.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet. Traffic Wave juga merupakan di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan. Anda boleh menyertai kumpulan Traffic Wave Zamri Nanyan melalui pautan http://get.linktrackr.com/trafficwave-wc dan berpeluang mendapat limpahan ahli melalui promosi berterusan beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.

================================================


Pemasaran Artikel Untuk Perniagaan Internet Anda Bukan Seperti Dahulu Lagi

Pemasaran Artikel Untuk Perniagaan Internet Anda Bukan Seperti Dahulu Lagi
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

Teknik pemasaran artikel sudah pun berubah.

Dahulu, anda tulis artikel dan sebarkan artikel yang sama ke ratusan direktori artikel. Sekarang, anda sebarkan artikel yang diolah daripada artikel asal menjadi artikel baru kepada ratusan direktori artikel ini.

Dari inilah terbitnya perkataan “article spinner” yang bermaksud olahan semula artikel.

EZ Article LinkJadi, gunakan “article spinner” untuk tukarkan setiap satu artikel yang anda tulis kepada banyak artikel unik yang lain berdasarkan kandungan artikel asal. Salah satu “article spinner” yang saya gunakan ialah EZArticleLink yang juga merupakan servis untuk menyebarkan artikel ke beberapa ratus laman web yang lain secara autopilot. Walaupun ada disediakan akaun “GOLD”, anda juga boleh gunakan servis ini secara percuma.

http://www.bisnesdigital.com/ezarticlelink

The Best SpinnerSatu lagi servis untuk “article spinning” ini ialah daripada The Best Spinner. The Best Spinner dikatakan antara yang terbaik tapi ianya bukan percuma. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk maklumat lanjut berkaitan The Best Spinner.

http://www.bisnesdigital.com/thebestspinner

Jadi, fikirkan strategi ini apabila anda melakukan pemasaran artikel nanti. Untuk menghasilkan artikel, mungkin anda boleh tulis sendiri atau gunakan artikel yang mempunyai lesen “Private Label Rights” (PLR).

Sebagai contoh, saya berikan anda 2 artikel berbeza tetapi mempunyai kandungan yang sama di bawah. Kedua-dua artikel ini dihasilkan oleh EZArticleLink.

Artikel #1:

The dissimilarity between the stock market and the foreign exchange market is the vast trading that occurs on the foreign exchange market. There is millions and millions that are traded daily on the forex market, almost two trillion dollars is traded every day. The total amount is a lot more higher than the money traded on the everyday stock market of any country.

Artikel #2:

The difference between the stock market and the currency exchange market is the vast trading that occurs on the forex market. There is millions and millions that are traded every day on the foreign exchange market, close to two trillion dollars is traded daily. The amount is much higher than the money traded on the daily stock market of any country.

Walaupun kedua-dua artikel di atas adalah berbeza, kandungannya tetap sama.

Dan jika anda risau tentang kualiti artikel yang dihasilkan, tak perlu.

Ini kerana artikel yang dihasilkan ini adalah daripada “input” atau pengolahan anda semula dan bukannya dilakukan 100% oleh skrip. Bukan setakat pengolahan setiap perkataan, sebaris ayat pun anda boleh olah menjadi berbeza dari asal. Anda kawal bagaimana pengolahan artikel anda akan dilakukan. Jika anda hendak artikel ini diolah 50% daripada artikel asal, anda boleh lakukannya. Jika anda hendak ianya diolah sehingga 75% berbeza daripada kandungan asal, anda juga boleh lakukannya.

Satu lagi kelebihan yang anda pada EZArticleLink ialah anda juga boleh “outsource” atau upah orang lain untuk lakukan pengolahan ini untuk anda. Inilah caranya untuk anda yang ada bajet lebih tetapi tiada masa untuk lakukan pemasaran artikel – masukkan artikel PLR dan upah orang lakukan “spinning” (pengolahan).

Nasihat saya, jika anda ingin lakukan pemasaran artikel di dalam bisnes internet anda, lakukan strategi ini. Ianya lebih mudah, pantas dan mesra SEO. Walaubagaimanapun, jangan salahgunakan peralatan ini bagi tujuan yang tidak betul.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari strategi pemasaran affiliate yang berkesan. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate”, “Traffic Wave”, “EZ Article Link” dan “The Best Spinner” kepada link affiliate anda untuk tujuan menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================


7 Langkah Membina Ebook Atau Laporan Pemasaran Viral

7 Langkah Membina Ebook Atau Laporan Pemasaran Viral
oleh Zamri Nanyan

Sebelum ini, mungkin anda pernah terbaca bagaimana saya mendapat jualan pertama saya dengan menjual produk orang lain. Selepas 3 bulan melakukan promosi, barulah saya mendapat jualan pertama saya di internet dengan komisyen kurang dari US$10 daripada ClickBank. Itu adalah tahun 2003.

Tetapi tahukah anda bahawa produk pertama hasil ciptaan saya bukanlah sebuah produk berbayar? Walaubagaimanapun, saya masih mampu menjana pendapatan daripada produk ini.

Minds of 17 mlm business buildersProduk yang saya maksudkan ialah sebuah ebook kompilasi 17 artikel yang saya muatkan ke dalam dokumen PDF dan produk ini diberikan percuma kepada sesiapa sahaja. Tajuk ebook ini ialah “Minds Of 17 MLM Business Builders” dan anda boleh muatturun ebook ini di http://www.bisnesdigital.com/hadiah/mlm-minds.pdf

Jadi, kalau saya berikan ebook ini percuma, bagaimana saya boleh menjana pendapatan daripadanya?

Terdapat 2 cara bagaimana saya jana pendapatan daripada ebook ini.

1. Terdapat link (pautan) affiliate saya di dalam ebook ini di mana jika pembaca sebarkan ebook ini kepada orang ramai dan sebahagian daripada mereka klik link laman web di dalam ebook ini dan lakukan pembelian, saya akan mendapat komisyen daripada setiap jualan.

2. Ebook ini juga mempunyai fungsi di mana pembaca boleh menukar link affiliate di dalam ebook ini kepada link affiliate mereka. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka ingin menukarkan link di dalam ebook ini, saya akan kenakan caj bagi menukarkan link tersebut.

Di dalam kedua-dua kes di atas, saya akan sentiasa mendapat untung dan ebook ini secara tidak langsung juga menjadi satu alat pemasaran viral untuk saya.

Orang yang sukakan kandungan ebook ini akan berikannya percuma dan promosikan link affiliate saya. Jika tidak, mereka akan tukarkan dahulu link affiliate di dalam ebook ini sebelum diberikan percuma. Dalam apa cara pun, ebook ini masih akan disebarkan kepada percuma dan terus menjadi alat pemasaran viral kepada saya.

Itulah produk pertama yang saya “jual” secara tidak langsung.

Dengan contoh ini juga anda boleh dapat lihat bahawa mencipta produk digital untuk dijual adalah mudah dan juga pantas. Kadang-kadang anda tidak perlu tulis sepatah perkataan pun untuk menghasilkan sebuah ebook. Cuma gunakan artikel orang lain dan kompilasikannya sebagai ebook.

Jadi, tiada alasan lagi untuk anda mencipta produk digital pertama anda.

Jika perlu, ikuti sahaja contoh bagaimana saya hasilkan ebook “Minds Of 17 MLM Business Builders” dan jana pendapatan melaluinya.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin hasilkan ebook dan aplikasikan taktik pemasaran seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti.

1. Kompilasikan artikel tulisan anda sendiri atau tulisan orang lain. Jika anda menggunakan artikel orang lain, pastikan anda mendapat kebenaran untuk menggunakan artikel tersebut.

3. Masukkan artikel tersebut ke dalam perisian Microsoft Word dan tukarkannya ke dalam bentuk PDF. Anda boleh gunakan perisian dari PrimoPDF.com untuk menukarkan dokumen format Word ini ke PDF. Pastikan anda mempunyai link affiliate untuk sebarang produk yang anda promosikan di dalam ebook ini. Selepas menukarkan format Word ke PDF, anda sebenarnya sudah boleh mula promosikan ebook anda dengan menyebarkan kepada orang ramai. Di dalam ebook tersebut, nyatakan yang mereka juga boleh sebarkan ebook ini secara percuma.

4. Gunakan perisian “Viral PDF” untuk membolehkan orang lain menukarkan link affiliate di dalam ebook tersebut kepada link affiliate mereka. Anda boleh kenakan caj penukaran link tersebut dengan kadar yang anda sendiri tentukan. Jika anda rasa perlu, anda boleh iklankan servis penukaran link ini di dalam ebook yang anda hasilkan tersebut juga. Jangan risau, penukaran link tersebut boleh dilakukan oleh pelanggan anda sendiri dengan sedikit arahan bagaimana ianya boleh dilakukan. Untuk perisian “Viral PDF” ini, anda boleh dapatkannya di laman web berikut:

http://www.ViralPDFSoftware.com/diskaun.html
(masukkan 17OFF di dalam kotak kupon diskaun untuk dapatkan harga istimewa)

atau

http://www.ViralPDFSoftware.com/viralpdf

5. Sediakan arahan bagaimana pembayaran untuk penukaran link afffiliate ini boleh dibuat kepada anda. Jika anda menggunakan kaedah pembayaran melalui kad kredit atau PayPal, anda boleh automasikan tempahan penukaran link affiliate di dalam ebook anda ini. Sama seperti anda menjual produk digital lain, berikan perisian dan juga ebook yang bakal pelanggan anda tukar link affiliate mereka ini di ruangan muatturun produk.

6. Lakukan pemasaran untuk membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang ebook percuma ini. Anda boleh sebarkan ebook ini di forum, laman facebook, laman twitter, blog dan sebagainya.

7. Cipta lebih banyak lagi ebook atau laporan digital sebegini untuk mengaut lebih banyak keuntungan dan juga mencipta lebih banyak peralatan pemasaran viral.

Begitulah caranya jika anda ingin mencipta sebuah produk digital percuma yang boleh dijadikan alat pemasaran viral. Pada masa yang sama, produk yang anda berikan percuma ini juga boleh dijadikan sumber menambah pendapatan sampingan untuk anda. Kuncinya di sini ialah anda perlu ada perisian untuk membolehkan orang lain menukarkan link affiliate di dalam ebook yang anda hasilkan. Berita baiknya ialah anda cuma perlu beli perisian ini sekali sahaja dan gunakannya berulang-ulang sehingga anda puas dengan hasil pemasaran viral yang anda lakukan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ViralPDFSoftware.com/diskaun.html untuk mempelajari bagaimana anda boleh mencipta pemasaran viral anda sendiri.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Viral PDF Software” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================


Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan

Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan
oleh Zamri Nanyan

Salah satu cara yang sangat berkesan di dalam mempromosikan produk ialah melalui promosi rakan niaga (joint venture). Anda cari rakan niaga yang mempunyai kelebihan untuk mempromosikan produk anda dan tawarkan insentif bagi setiap jualan yang dihasilkan.

Namun, walau sehebat mana sekali pun produk anda, jika anda tidak lakukan dengan cara yang betul, jemputan “Joint Venture” (JV) anda tidak akan dilayan oleh bakal rakan niaga anda.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa jemputan anda tidak dilayan berdasarkan pengalaman yang saya lalui.

1. Perhubungan Tidak Diutamakan

“Joint Venture” merupakan perhubungan yang berdasarkan kepercayaan terhadap seseorang individu dan juga produk yang dijual oleh individu tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya saya terima satu email yang tidak saya kenali penghantarnya dan di dalam email tersebut, beliau memohon saya untuk mempromosikan produk atau servis beliau, besar kemungkinan saya tidak akan melayan permintaan ini. Bayangkan jika saya terima permintaan JV ini dan akhirnya saya dapati yang individu ini adalah seorang penipu, tidakkah susah di kemudian hari?

Seseorang usahawan internet lebih suka melakukan JV dengan mereka yang telah membina perhubungan baik terlebih dahulu dan saling mengenali di internet. Jadi, mulakan perhubungan tersebut dahulu sebelum anda usulkan cadangan untuk JV. Biarkan bakal rakan niaga anda ini kenal dan suka kepada anda dahulu.

Buat pengetahuan anda, perhubungan bisnes yang baik ini juga merupakan satu aset berharga bagi bisnes anda. Saya dan Patric telah menekankan kepentingan perkara ini di dalam produk The Four Weeks To Freedom(http://ww.TheFourWeeksToFreedom.com) dan saya harap anda ambil serius perkara ini.

2. Jemputan Yang Sambil Lewa

Pada dasarnya, konsep JV adalah mudah. Anda minta pertolongan usahawan internet yang telah berjaya untuk membantu anda mempromosikan produk terbaru anda.

Walaubagaimanapun, konsepnya sahaja mudah tetapi implimentasinya perlukan ilmu. Sebagai contoh, anda perlu tahu menulis email yang berkesan supaya bakal rakan JV anda membacanya tanpa merasa yang ianya adalah sebuah “template” jemputan yang tidak mempunyai nilai keperibadian dan kaku disebabkan ayat yang ditulis sebenarnya ditujukan kepada umum.

Jadi, ambil sedikit masa untuk menulis kepada rakan JV anda (terutamanya mereka yang anda rasakan akan menghasilkan jualan yang banyak untuk anda) dengan menyertakan panggilan nama, bertanyakan khabar dan berita spesifik mengenai bisnes mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, rakan JV anda ini akan tahu yang anda mengikuti perkembangan bisnes anda dan mereka akan berasa yang apa yang mereka lakukan adalah penting, sama penting dengan promosi yang bakal mereka lakukan untuk anda. Inilah yang dikatakan mesej tersirat dan jarang dibongkarkan kepada usahawan internet baru.

Tidak salah untuk menggunakan “template” tetapi pastikan ada kelainan di dalam setiap email yang anda hantar kepada setiap rakan JV penting anda.

3. Tidak Hormat Dan Tidak Peka

Bukan setakat ada jemputan JV yang sekadar melepas batuk di tangga, ada juga individu yang tidak hormat langsung kepada bakal rakan JV mereka.

Penggunaan ayat seperti “aku” memang tidak sesuai lebih-lebih lagi jika anda tahu yang rakan JV yang anda ingin jemput tersebut lebih tua daripada anda, dan walaupun rakan JV anda ini lebih muda daripada anda, perkataan “aku” ini memang tidak sesuai di dalam bisnes internet sebegini melainkan anda benar-benar rapat dengan rakan JV anda.

Kadang-kadang ada juga ayat berbentuk sindiran dan mendesak seperti “Ye lah, anda sudah berjaya dan banyak duit. Tak kan la ‘blast’ satu email pun tak boleh?” atau “Ini email kedua saya. Saya masih menunggu jawapan anda. Jika tiada jawapan dalam masa 2 hari lagi, saya andaikan anda tidak berminat untuk menyertai JV ini.”

Ingat! Kebanyak rakan JV yang menghasilkan banyak jualan selalunya sibuk dengan bisnes mereka. Ada kalanya jemputan JV masuk mencurah-curah setiap minggu sehingga ada yang tak sempat mereka baca. Mungkin pilihan masa anda tidak tepat dan rakan JV ini tidak dapat promosikan produk anda. Jika anda desak pun, ada kebarangkalian yang mereka memang tidak dapat penuhi permintaan anda.

Kepekaan anda di dalam hal ini adalah penting.

4. Syarat Testimoni

Selalunya apabila saya dijemput untuk menjadi rakan JV, saya akan diberikan akses ke produk yang akan dijual supaya saya dapat lihat sendiri produk tersebut. Produk ini pula bukanlah produk yang tidak siap atau cuma draf yang compang-camping tetapi ianya adalah akses penuh ke laman muatturun produk atau produk fizikal yang dihantar terus ke rumah. Daripada inilah baru saya mudah untuk berikan testimoni sekiranya perlu.

Bercakap mengenai testimoni, bukan menjadi kewajipan untuk rakan JV anda memberikan testimoni untuk produk anda. Jika rakan JV anda akan promosi dan pasarkan produk anda, ini tidak bermakna yang mereka akan berikan testimoni dengan rela hati. Mungkin produk anda tidak cukup kriteria untuk rakan JV anda berikan testimoni. Jadi, jangan desak mereka.

Sesetengah individu pula meletakkan syarat yang rakan JV perlu janji akan berikan testimoni apabila mereka bersetuju untuk mempromosikan produk mereka. Selepas mendapat persetujuan ini, barulah produk mereka diberikan dan seterusnya rakan JV perlu menulis sesuatu untuk testimoni tersebut.

Segala-galanya adalah songsang sekarang. Sepatutnya rakan JV diberikan akses ke produk dahulu untuk penilaian. Sekiranya produk yang diberikan adalah berkualiti, barulah rakan JV anda akan berikan persetujuan untuk mempromosikan produk anda. Jika mereka rasakan produk anda memenuhi kriteria, barulah testimoni diberikan.

Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh mereka yang mencari rakan JV.

Sama ada anda menjual produk digital atau produk fizikal, anda tidak akan rugi apa-apa pun jika produk anda diberikan kepada rakan JV anda. Ini kerana potensi jualan yang bakal rakan JV anda hasilkan adalah lebih besar.

5. Masa Yang Singkat

Di dalam kebanyakan jemputan JV di pasaran tempatan, faktor ini merupakan salah satu masalah terbesar yang saya temui.

Bayangkan yang anda akan melancarkan produk yang anda sudah habiskan puluhan ribu ringgit untuk menghasilkannya. Produk ini ternyata amat baik untuk pelanggan anda.

Masalahnya anda tidak mempunyai kumpulan pemasaran yang akan memasarkan produk anda dan anda pilih rakan JV sebagai cara untuk memperkenalkan produk anda kepada pasaran.

Esoknya anda akan lancarkan produk anda dan cuma baru hari ini anda mula menjemput rakan JV anda untuk mempromosikan produk anda tersebut. Ya, memang ada di kalangan rakan JV anda yang dapat mempromosikan produk anda tetapi kebarangkalian untuk rakan JV lain untuk tidak dapat turut serta juga tinggi.

Ini mungkin disebabkan rakan JV anda sudahpun mempunyai tanggungjawab lain seperti mempromosikan produk sendiri atau mereka sendiri tidak dapat dihubungi.

Disebabkan kurangnya perancangan menjemput rakan JV anda terlebih awal, besar kemungkinan promosi produk anda akan gagal walaupun produk anda memang sangat berkualiti dan mempunyai permintaan tinggi.

Walaupun mungkin anda ada 3 hingga 5 rakan JV yang dapat membantu, tidakkah ianya lebih baik untuk dapatkan 30 hingga 50 rakan JV untuk mempromosikan produk anda? Mungkin anda boleh dapat 30 hingga 50 rakan JV sekiranya perancangan dibuat terlebih dahulu.

Lebih buruk lagi, anda tiada perancangan langsung untuk melancarkan produk anda. Selepas beberapa hari (atau minggu) produk baru anda diumumkan, baru anda tercari-cari rakan JV yang dapat membantu anda. Memang sukar untuk rakan JV anda bantu anda sekiranya ini berlaku. Kenapa? Goreng pisang yang panas sudahpun sejuk.

Jadi, pastikan anda sendiri juga memberikan masa yang cukup untuk rakan JV anda meneliti produk anda, menilai dan membuat strategi pemasaran mereka sendiri sebelum mereka dapat membantu anda. Jika anda rasa ianya mungkin akan mengambil masa 7 hari untuk rakan JV anda meneliti produk anda dan menyusun strategi pemasaran mereka, berikan produk anda seminggu lebih awal. Jika ianya mengambil masa sebulan, berikan sebulan lebih awal.

Rancang dengan teliti.

6. Jasa Tidak Dibalas

Di dalam sebarang bisnes, ada peraturan tidak bertulis yang banyak dipraktikkan oleh usahawan yang telah berjaya – termasuk saya sendiri.

Sebagai contoh, jika sebelum ini rakan JV anda pernah memohon untuk anda promosikan produk beliau dengan cara yang baik tetapi anda telah menolaknya tanpa sebarang alasan kukuh, jangan harap yang jemputan anda pada kali ini akan mendapat layanan istimewa.

Persaingan di dalam bisnes, terutamanya bisnes internet, akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang. Bahangnya pun sudah terasa sekarang. Jadi, tidak hairanlah pada masa akan datang, akan ada kumpulan-kumpulan usahawan yang akan memasarkan produk-produk mereka sesama sendiri sahaja. Pada masa ini, anda akan rasakan yang ianya akan menjadi sukar untuk anda memasarkan produk anda sekiranya anda tidak tergolong di dalam kumpulan ini.

Untuk menyertai kumpulan niaga ini, walaupun tiada peraturan bertulis dinyatakan, anda sebenarnya sudah dimestikan untuk membalas jasa promosi rakan JV anda yang telah membantu anda sebelum ini. Jika mereka pernah menjadi rakan niaga anda dan hasilkan jualan buat anda, adalah menjadi “kemestian” untuk anda berusaha untuk mempromosikan produk mereka pada masa akan datang.

Jika jasa mereka ini tidak dibalas, pada suatu ketika anda perlukan rakan niaga untuk mempromosikan produk terbaru anda, anda akan kehilangan sokongan padu daripada rakan JV anda yang lepas. Ini akan merugikan kerana anda pun tahu bahawa salah satu syarat JV yang penting ialah membina perhubungan yang baik sesama usahawan lain.

Begitulah serba sedikit sebab utama kenapa jemputan JV anda tidak dilayan. Terdapat banyak lagi sebab lain yang membantutkan usaha anda mencari rakan JV yang menguntungkan anda. Panduan di atas memberikan anda satu pendedahan supaya anda dapat membuat jemputan dengan jayanya pada masa akan datang. Oleh itu, pastikan anda simpan dan rujuk artikel ini semula apabila anda mempunyai produk untuk diterbitkan nanti. Siapa tahu? Mungkin dengan ilmu dan tip di sini dapat menjana pendapatan 6 angka untuk pelancaran produk anda, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.

Dan untuk memudahkan pengurusan jemputan dan promosi JV, sebuah perkhidmatan penyenaraian pelancaran produk terkini juga ada disediakan di http://www.JVPanas.com di mana sesiapa sahaja boleh sertainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.pakaraffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran affiliate beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================


Blog vs E-Commerce, Mana Satu Terbaik?

Sekarang ni ramai yang nak cari duit kocek lebih, maklumlah, zaman gawat, harga gula pun dah naik dua puluh sen. Antara cara paling mudah nak cari duit poket lebih ialah dengan berniaga secara online. Namun bagaimana cara untuk membangunkan kedai online sendiri? Seringkali saya ditanya, guna blog atau e-commerce? Kali ini saya akan cuba berkongsi kebaikan dan keburukan bagi  kedua-dua pilihan ini.

Kelebihan Blog berbanding E-Commerce

  1. Antara kelebihan utama menggunakan blog ialah kerana ia mudah dan murah dibina. Malah anda boleh menggunakan perkhidmatan blog percuma seperti wordpress ataupun blogspot. Tidak seperti laman e-commerce, anda mungkin perlu bebelanja ratusan dan ribuan ringgit untuk mengupah pembina laman web membangunkan laman e-commerce anda.
  2. Pembangunan blog tidak mengambil masa yang lama, dalam sehari anda boleh membangunkan perniagaan anda. Ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu jika anda menggunakan e-commerce.
  3. Bagi perkhidmatan blog percuma, terdapat ribuan template yang juga boleh digunakan secara percuma. Pada masa ini, anda boleh mendapatkan template blog yang sangat cantik dan menarik seperti di sini atau di sini.
  4. Antara kelebihan lain blog adalah kandungannya yang mesra enjin pencari menyebabkan mereka lebih cepat dijumpai dan diindek oleh enjin pencari seperti Google dan Yahoo berbanding e-commerce. Kebanyakan laman web e-commerce hanya menyenaraikan produk dan ia memerlukan kerja tambahan bagi menjadikan ia mesra enjin pencari. Bagi blog pula, terdapat banyak plugin yang membantu memperbaiki SEO laman blog tersebut.
  5. Laman blog percuma selalunya diupgradekan secara automatik dari masa ke semasa. Ini sangat penting bagi memastikan blog sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ia juga penting bagi mengekalkan keselamatan blog dari diceroboh.

Kelebihan E-Commerce berbanding Blog

  1. Blog tidak dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh itu, buat masa ini, tiada cara khusus bagi pemilik blog menerima sebarang tempahan secara terus. Kebanyakan tempahan di terima secara manual melalui email. Berbanding blog, laman e-commerce direka dengan menepati kehendak perniagaan internet. Oleh itu tempahan, pembayaran, dan penghantaran lebih mudah diuruskan. Bagi pengguna blog, modifikasi perlu dilakukan (seperti pengunaan plugin WP-e-Commerce) untuk pengguna wordpress.
  2. Walaupun pengguna blog boleh melakukan modifikasi dalam blog mereka, ia bukan lah cara yang optimum. Rekabentuk dan pangkalan data blog bukan dibina untuk tujuan perniagaan. Oleh yang demikian, kemungkinan besar ia tidak dapat menampung transaksi yang banyak bagi sesebuah kedai online yang mempunyai banyak produk dah pelanggan. Sistem ecommerce moden seperti Magento dan OpenCart dibina bagi memenuhi kehendak perniagaan internet
  3. Bagi e-commerce, anda tidak mempunyai masalah untuk melihat laporan perkembangan perniagaan anda. Kebanyakan sistem e-commerce dilengkapi dengan pelbagai laporan bagi memudahkan anda memantau perniagaan anda. Malah terdapat sistem e-commerce yang dilengkapi dengan sistem perakaunan, CRM dan inventori.
  4. Laman e-commerce juga membuatkan perniagaan anda nampak lebih professional. Ini mungkin hanya satu persepsi, namun bagi berjaya di alam siber, persepsi juga memainkan peranan yang penting.

Kesimpulan

Blog atau e-commerce? Terpulang kepada anda, jika anda hanya memiliki beberapa produk, anda boleh menggunakan blog untuk membangunkan perniagaan anda dengan mudah, murah, dan cepat. Tapi sekiranya anda mengutamakan fungsi dan sistem yang lebih efektif bagi mengurus perniagaan anda yang lebih besar, saya cadangkan anda menggunakan sistem e-commerce.

Alternatif  Lain

Masa kini, sudah terdapat sistem hybrid yang menggabungkan sifat mudah, murah, dan cepat blog dengan sistem efektif e-commerce. Saya jangkakan ini merupakan masa depan perniagaan online. Sebagai contoh, sistem tempatan  Lot.my membolehkan pengguna membina kedai online mereka semudah membina blog. Sistem sebegini dipanggil SAAS atau Software As A Service. Di luar negara SAAS untuk e-commerce menjadi salah satu pilihan bagi membangunkan kedai online.


Membentuk Personaliti di Internet

Mungkin anda pernah dengar ungkapan :

“You never get a second chance to make a first impression”

Kebanyakan kita memang suka melihat benda yang cantik-cantik. Dengan melihat benda yang cantik memberikan satu sentuhan luar biasa di dalam diri si pelihat. Bak kata pepatah “dari mata turun ke hati”. Dengan tidak berlebihan, sekurang-kurangnya semua orang ingin melihat sesuatu yang kemas.

Ketika kecil, amanah ibu yang sentiasa saya perlu pegang adalah membedakkan muka sebelum keluar rumah! Walau nak pegi mana sekalipun, telah menjadi kebiasaan ketika kecil. “Muka berkilat sangat nanti nampak comot!” kata ibu. Walaupun kini saya tidak lagi menjadikan ia suatu kemestian sebelum keluar ke rumah, tetapi saya belajar satu perkara tentang pentingnya penampilan yang kemas di khalayak.

Di Malaysia, perniagaan internet selalunya dikaitkan dengan perniagaan yang santai, boleh dibuat dari rumah, fleksibel dan menyeronokkan. Oleh itu kebanyakan pemilik perniagaan internet menampilkan gaya santai dan kasual. Penampilan yang tidak terlalu formal, berpakaian kemeja berjeans menjadi pilihan berbanding dengan bertali leher dan suit. Yang penting imej kemas dan bersih ditampilkan.

Walaupun begitu, dari pengamatan saya, terdapat satu kelemahan yang ketara dalam aspek personaliti usahawan internet. Kelemahan untuk mempersembahkan diri sendiri di internet.

” Kerja di rumah, buat apa nak hensem-hensem sangat”

” Alah. Bisnes kecilan, tak perlu nak posing mengancam begitu sekali”

” Tak reti lah nak senyum bergambar lawa-lawa. Aku ni tak hensem mana pun.. Malu je “

Ini mentaliti yang salah. Di akhirnya, kebanyakan usahawan internet memaparkan penampilan yang berkecamuk. Mereka tidak dapat menonjolkan personaliti yang sepadan dengan produk yang ingin dijual. Ada diantaranya menjual produk digital bernilai sehingga RM200 tetapi penampilan tuan diri tidak membayangkan produk berharga setinggi itu.

“Harga nasi lemak di KLCC jauh lebih tinggi dari nasi lemak di pasar malam”

Walau pun kedua-duanya adalah nasi lemak, tetapi satu pakej nasi lemak KLCC diberikan penampilan menarik dan cara persembahan yang baik. Dibantu dengan faktor lokasi, nasi lemak KLCC dijual mahal.

Samalah dengan produk yang ingin dijual di internet. Diri anda mencerminkan nilai produk atau perkhidmatan anda. Jangan rendahkan nilai produk atau perkhidmatan anda di mata prospek pelanggan hanya kerana anda tidak menambat personaliti mereka.

Mahukah anda membeli produk dari seseorang yang penampilannya kurang meyakinkan ? Anda tahu jawapannya.

Tips Membentuk Personaliti di Internet

1. Jangan gunakan gambar kad pengenalan, gambar passport atau gambar kad pelajar.

Ini hanya ingin menunjukkan wajah skima, kejang dan keras di depan jurugambar. Tiada orang yang dapat menilai diri dan personaliti anda hanya dengan duduk depan kamera kekejangan begitu.

2. Gunakan gambar yang mempunyai resolusi tinggi

Kalau tiada kamera DSLR, gunakan kamera digital biasa. Atau sekurang-kurangnya kamera handphone yang mempunyai resolusi tinggi. Jangan besarkan gambar yang kecil. Muka anda akan pecah ibarat cermin yang retak!

3. Kenakan pakaian yang sesuai

Biasanya orang hanya memaparkan dua bentuk penampilan. Sama ada berpakaian suit bertalileher atau kasual.Sekarang orang suka mengenakan smart casual.

Jangan sesekali berpakaian kain batik atau baju tidur hanya semata-mata nak menunjukkan anda orang yang bekerja dari rumah! Di belakang tabir mungkin tidak mengapa, tapi jangan di depan pelanggan.

4. Bergaya ala-ala artis

Kalau boleh, tetapi bukan satu kemestian.  Natural!

5. Berikan sentuhan emosi

Sentuhan emosi bukan bermaksud anda buat-buat ketawa atau menangis palsu. Sentuhan emosi adalah satu bentuk perasaan yang tercipta dalam diri orang yang melihat. Dengan melihat gambar wujud 1001 bentuk tafsiran. Lihat gambar Richard Bronson yang serius ini membentuk satu sentuhan emosi yang berbeza walau pun sebenarnya beliau seorang yang casual.

6. Lihat apa orang lain buat & beri kelainan

Kalau anda tidak tahu gaya yang anda mahukan, cuba buat carian di google. Lihat bagaimana orang lain menampilkan diri mereka. Anda pilih personaliti yang anda ingin tonjolkan.

7. Cari photographer

Jangan ‘tangkap gambar’ sendiri :) .. Mentang-mentanglah handphone sekarang semua memiliki kamera. Melainkan anda mempunyai kemahiran Photoshop, mungkin anda boleh mengupah seorang photographer profesional yang membantu anda. Tidak mahal, photographer yang saya kenal hanya mengenakan caj RM100 sahaja! Photographer yang bijak akan membantu anda menimbulkan personaliti anda. Bukan jurugrambar di kedai gambar ya!

Impression yang baik adalah impression yang memberikan kesan kepada orang lain. Jangan terkejut pula apabila suatu hari ada orang yang ingin bergambar dengan anda.

Selamat datang ke dunia semi-celebriti!

***************************************************************************

Irwan Dahnil adalah perunding perniagaan & pemasaran media baru di Malaysia. Merupakan pelopor dalam topik perniagaan dan pemasaran SMS dan telah menulis dua buah buku mengenai topik yang berkaitan.  Juga merupakan founder AkademiSMS.com. Beliau boleh dihubungi di www.irwandahnil.com bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam penjenamaan di internet, perundingan online marketing, SMS Marketing dan yang berkaitan dengan media baru.

*****************************************************************************